Tuesday, July 5, 2011

Merokok dan Penyakit Arteri Periferal

Sumber foto: http://www.northernsydneyvascular.com.au

Merokok, walaupun untuk jangka pendek, ternyata meningkatkan risiko penyakit Arteri Periferal

Saya pasti anda tahu sekarang bahawa merokok adalah punca utama penyakit jantung, kanser dan penyakit paru-paru.

Merokok juga merupakan punca nombor satu Penyakit Arteri Periferal
/ Peripheral Artery Disease(PAD).

PAD adalah serius, gangguannya sering melemahkan, ia disebabkan oleh penyempitan arteri pada kaki bahagian bawah. Gejala-gejala PAD termasuklah sakit dibahagian kaki semasa melakukan aktiviti normal dan rasa letih pada otot kaki.

Satu kaji selidik terhadap wanita yang pada mulanya sihat berumur 45 tahun dan ke atas mengesahkan bahawa merokok adalah faktor risiko yang kuat untuk gejala penyakit arteri periferal, atau PAD.

Penyelidikan diikuti oleh 38,825 wanita untuk purata sebanyak 12,7 tahun untuk menentukan sama ada merokok meningkatkan risiko wanita terhadap PAD dan adakah dengan berhenti merokok mengurangkan risiko tersebut.

Para penyelidik mendapati bahawa merokok meningkatkan risiko wanita terhadap PAD sebanyak 10 kali ganda. Berhenti merokok mengurangkan risiko, tetapi, walaupun selepas berhenti merokok selama 20 tahun, risiko itu tidak lebih rendah dari seorang wanita yang tidak pernah merokok.

Merokok membahayakan saluran darah dengan mempercepatkan pembentukan plak pada dinding arteri dan meningkatkan pembentukan penyumbatan arteri kaki. Merokok mengecutkan saluran darah dan menyebabkan darah membeku. Akibatnya, merokok menyebabkan PAD menjadi lebih buruk dengan lebih cepat. Ia meningkatkan peluang mengalami kesakitan kaki (atau klaudikasi) walaupun ketika berehat, kehilangan kaki akibat dipotong.

PAD juga meningkatkan risiko serangan jantung. Sebanyak satu daripada dua orang yang mengalami PAD yang terus merokok akan mengalami serangan jantung atau angin ahmar atau mati dalam tempoh 5 tahun.

Jurnal Rujukan:

David Conen, Brendan M. Everett, Tobias Kurth, Mark A. Creager, Julie E. Buring, Paul M. Ridker, Aruna D. Pradhan. Smoking, Smoking Status, and Risk for Symptomatic Peripheral Artery Disease in Women: A Cohort Study. Annals of Internal Medicine, 2011; 154: 719-726 [link]

No comments:

Post a Comment