Wednesday, January 19, 2011

Kesihatan Gigi dan Gigi Sensitif

Sensitiviti gigi adalah ketidakselesaan gigi melibatkan satu atau lebih gigi yang dipicu oleh makanan yang panas, sejuk, manis, atau makanan dan minuman masam, atau bahkan dengan menghirup udara sejuk. Rasa sakit boleh tajam, tiba-tiba, dan menembak jauh ke hujung saraf gigi anda.

Apa Punca Gigi Sensitif?

Gigi sensitif terjadi ketika lapisan yang mendasari gigi anda - dentin - menjadi terbuka sebagai akibat dari surutnya rangkaian gusi (selimut pelindung yang menutupi akar gigi). Akar, yang tidak ada enamel keras, mengandungi ribuan tubula kecil yang mengarah ke pusat saraf gigi (pulpa). Tubula dentin ini (atau saluran) membenarkan stimulus - contohnya, makanan panas, sejuk, atau manis - untuk mencapai urat saraf di dalam gigi anda, yang mengakibatkan rasa sakit yang anda rasakan.


Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan gigi sensitif, termasuk:

* Memberus gigi terlalu kuat. Seiring waktu, memberus terlalu kuat atau menggunakan berus gigi berbulu keras boleh menghakis lapisan bawah enamel dan menyebabkan dentin terdedah. Hal ini juga boleh menyebabkan lekuk pada gusi (rangkaian gusi tertarik dari gigi).

* Kerosakan gigi berhampiran garis gusi.

* Lekuk pada gusi. Disebabkan gusi menjauh dari gigi seperti pada penyakit periodontal, permukaan akar menjadi terbuka.

* Penyakit gusi (gingivitis). Radang dan tisu gusi yang bengkak boleh menyebabkan sensitiviti akibat kehilangan ligamen penyokong, yang memaparkan permukaan akar yang mengarah langsung ke saraf gigi.

* Gigi retak. Gigi pecah atau rosak boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dari plak dan masuk ke pulpa sehingga menyebabkan keradangan.

* Melaga-lagakan gigi. Melaga-lagakan gigi atau mengetap gigi mungkin menipiskan lapisan enamel dan mendedahkan dentin yang mendasarinya.

* Produk pemutihan gigi atau pasta gigi dengan baking soda dan peroksida. Produk-produk ini merupakan penyumbang utama untuk gigi sensitif.


* Usia anda. Sensitiviti gigi tertinggi pada usia antara 25 dan 30 tahun.

* Pembentukan plak. Kehadiran plak pada permukaan akar boleh menyebabkan sensitiviti.

* Menggunakan ubat kumur. Penggunaan jangka panjang beberapa pencuci mulut. Sesetengah ubat kumur dipasaran mengandungi asid yang boleh memburukkan lagi sensitiviti gigi jika terkena pada dentin (lapisan tengah gigi). Kandungan asid lebih banyak merosakkan lapisan dentin gigi. Jika anda mempunyai sensitiviti dentin, tanya doktor gigi anda mengenai penggunaan larutan fluorida neutral.

* Makanan masam. Pengambilan secara rutin makanan dengan kandungan asid yang tinggi, seperti buah jeruk, tomato, acar, dan teh, boleh menyebabkan enamel terhakis.

* Prosedur pemeriksaan gigi yang rutin. Sensitiviti boleh berlaku disebabkan membersihkan gigi, 'root planing', penempatan mahkota, dan pemulihan gigi. Sensitiviti yang disebabkan oleh prosedur gigi bersifat sementara, biasanya akan hilang dalam empat hingga enam minggu.

Apa yang Harus Dilakukan untuk Mengurangkan Gigi Sensitif?

Beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan sensitiviti gigi meliputi:

* Menjaga kesihatan mulut dengan baik. Berus gigi dengan betul dan lakukan teknik floss untuk benar-benar membersihkan semua bahagian gigi dan mulut.

* Gunakan berus gigi berbulu lembut. Hal ini dapat mengurangkan permukaan gigi dari melecet dan mengurangkan kerengsaan gusi anda. Berus dengan lembut dan berhati-hati di sekitar garis gusi sehingga anda tidak menghakis tisu gusi anda.

* Gunakan ubat gigi tidak sensitif. Ada beberapa jenama ubat gigi di pasaran untuk gigi sensitif. Dengan penggunaan secara teratur anda akan melihat penurunan sensitiviti. Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenama yang lain untuk mencari produk yang terbaik bagi anda. Tip lain. Sapu lapisan tipis ubat gigi pada akar gigi yang terdedah dengan jari anda atau Q-tip sebelum anda pergi tidur. Jangan gunakan ubat gigi kawalan tartar, melainkan menggunakan ubat gigi berfluorida.

* Perhatikan apa yang anda makan. Kekerapan mengambil makanan yang sangat masam boleh secara berperingkat melarutkan enamel gigi dan menyebabkan dentin terdedah. Ia juga boleh memburukkan lagi sensitiviti dan memulakan reaksi nyilu.

* Gunakan produk ubat gigi berfluorida. Penggunaan harian ubat kumur mengandungi fluorida dapat menurunkan sensitiviti. Tanyakan doktor gigi anda mengenai produk yang ada di pasaran untuk digunakan di rumah.

* Elakkan mengetap gigi. Jika anda mengetap atau mengisar gigi, gunakan pendakap mulut pada malam hari.


* Jumpa doktor gigi anda secara rutin. Dapatkan cara membersihkan gigi secara profesional, aturan kebersihan mulut, dan rawatan fluorida setiap enam bulan (atau lebih cepat bergantung pada keadaan gigi anda).

Jika anda masih mengalami ketidakselesaan, bincang dengan doktor gigi anda. Mungkin ada beberapa prosedur gigi yang boleh membantu mengurangkan sensitiviti, termasuk penggunaan:

* Tampalan putih(ikatan) untuk menutup permukaan akar yang terbuka
* Fluorida bervarnis digunakan pada permukaan akar yang terbuka
* Penutup dentin digunakan pada permukaan akar yang terbuka


1 comment: