Tuesday, July 17, 2012

Kranberi Boleh Mencegah Jangkitan Saluran Kencing

Credit: lancastria.net

Produk mengandungi kranberi telah lama digunakan sebagai ubat tradisional untuk mencegah UTI.
Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan bakteria yang paling biasa yang mempengaruhi sehingga 40% hingga 50% daripada wanita dimana sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka. Wanita hamil, warga tua dan pesakit dengan pundi kencing neuropatik juga berisiko tinggi mendapat UTI.

Kranberi asalnya bertindak mengasidkan air kencing, tetapi kesannya kini dikenali disebabkan gangguan dengan tempelan bakteria pada sel-sel uroepithelial. Malah, sejenis proanthocyanidin telah dikenal pasti dalam kranberi pada tahun 1989 sebagai sebatian yang mempunyai potensi untuk menghalang pelekatan P-fimbriated Escherichia coli pada mukosa urogenital.

Dr Chih-Hung Wang dan rakan-rakan dari Kolej Universiti Kebangsaan Taiwan menganalisis 10 percubaan dengan jumlah 1494 peserta (794 dalam kumpulan kranberi dan 700 dalam kumpulan kawalan). Penemuan mereka menunjukkan bahawa produk mengandungi kranberi berkaitan dengan kesan perlindungan terhadap UTI.

Jus kranberi adalah lebih berkesan daripada kapsul kranberi. Pengarang menulis bahawa ini mungkin disebabkan penghidratan yang meningkat daripada meminum jus atau kesan bahan-bahan yang tidak dikenali dalam jus. Pengarang mengakui bahawa meminum jus dalam kuantiti yang besar mungkin mendatangkan masalah bagi sesetengah individu, termasuk pesakit kencing manis dan mereka yang mempunyai masalah gastrousus.

Kekerapan dos lebih daripada dua kali sehari adalah lebih berkesan. "Kerana dalam data vitro telah mencadangkan bahawa aktiviti anti-pelekatan jus kranberi pada fimbriated E coli berlangsung selama kira-kira 8 jam selepas ditelan, dos lebih kerap daripada dua kali sehari mungkin pilihan yang munasabah," menurut penulis.

Oleh kerana terdapat kepelbagaian yang besar di kalangan kajian, keputusan analisis perlu dilihat dengan berhati-hati, kata penyelidik.


Rujukan

Chih-Hung Wang, Cheng-Chung Fang, Nai-Chuan Chen, Sot Shih-Hung Liu, Ping-Hsun Yu, Tao-Yu Wu, Wei-Ting Chen, Chien-Chang Lee, Shyr-Chyr Chen. Cranberry-Containing Products for Prevention of Urinary Tract Infections in Susceptible Populations: A Systematic Review and Meta-analysis of Randomized Controlled Trials. Arch Intern Med. 2012;172:988-996.

Dapatkan artikel lengkap DI SINI

 

Artikel ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris oleh Ahli Farmasi Mahfuza Turman

No comments:

Post a Comment