Satu kajian terbaru yang diketuai oleh Prof Yuen Kah Hay dari Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati suplemen kapsul tokotrienol dapat meningkatkan bilangan rambut sukarelawan yang mengalami keguguran rambut berbanding dengan kumpulan plasebo.
Dua puluh satu sukarelawan secara rawak telah menerima secara oral 100 mg campuran tokotrienol setiap hari manakala 17 sukarelawan lagi telah ditugaskan untuk menerima kapsul plasebo secara oral.
Sukarelawan telah dipantau untuk mengetahui bilangan rambut di kawasan kulit kepala yang telah ditentukan serta berat 20 helai keratan rambut sepanjang 1 cm pada 0 (sebelum suplemen), 4 dan 8 bulan.
Bilangan rambut sukarelawan dalam kumpulan suplemen tokotrienol meningkat dengan ketara berbanding dengan kumpulan plasebo, dengan peningkatan sebanyak 34.5% pada akhir suplemen bulan ke 8 berbanding dengan penurunan sebanyak 0.1% bagi kumpulan plasebo.
Walau bagaimanapun, berat kumulatif sebanyak 20 helai keratan rambut tidak banyak berbeza dari permulaan untuk kedua-dua kumpulan suplemen pada akhir tempoh kajian.
Pesakit alopecia umumnya menunjukkan tahap antioksidan yang lebih rendah di kawasan kulit kepala mereka serta indeks peroksidaan lipid yang lebih tinggi.
Tokotrienol termasuk dalam keluarga vitamin E dan dikenali sebagai antioksidan yang kuat. Kesan yang diperhatikan dalam kajian ini adalah yang paling mungkin kerana aktiviti antioksidan tokotrienol yang membantu untuk mengurangkan pengoksidaan lipid dan stres oksidatif pada kulit kepala, yang dilaporkan ada kaitan dengan alopecia.
Rujukan:
Lim
AB, Wong JW, Yuen KH. Effects of Tocotrienol Supplementation on Hair
Growth in Human Volunteers. Tropical Life Sciences Research,
21(2), 91–99, 2010
Kuasa Tocotrienol bertambah dengan pengunaan losyen minoxidil dan pembersih kulit kepala Hairpro |
Minoxidil menggalakkan folikel rambut yang mengecut untuk menambah saiz mereka dan membantu pertumbuhan semula rambut menjadi kelihatan lebih tebal dari masa ke semasa.
Minoxidil telah diperkenalkan pada awal tahun 1970 sebagai rawatan untuk hipertensi. Hypertrichosis adalah kesan sampingan yang sama pada mereka yang mengambil pil minoxidil dan termasuk pertumbuhan semula rambut pada lelaki botak. Ini membawa kepada pembangunan formulasi topikal minoxidil untuk rawatan androgenetik alopecia pada lelaki dan kemudiannya di kalangan wanita.
Dalam kajian terhadap haiwan, minoxidil topikal memendekkan Telogen, menyebabkan kemasukan pramatang folikel rambut tak aktif menjadi anagen, dan ia mungkin mempunyai tindakan yang sama pada manusia. Messenger dan Rundegren mengkaji tentang farmakologi minoxidil, dengan rujukan khusus kepada tindakan ke atas pertumbuhan rambut pada manusia.
Rujukan:
Messenger
AG, Rundegren J. Minoxidil: mechanisms of action on hair growth.
British Journal of Dermatology 2004; 150: 186–194.
Klik
DI
SINI untuk membaca keseluruhan artikel.
Artikel ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris oleh Ahli Farmasi Mahfuza Turman
Artikel ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris oleh Ahli Farmasi Mahfuza Turman
No comments:
Post a Comment