Thursday, August 30, 2012

Diet Bayi dan IQ



Bayi dan kanak-kanak yang membesar dengan makanan ringan mendapat skor yang lebih rendah sedikit pada usia 8 tahun.

Kanak-kanak yang diberi diet yang sihat di usia awal mungkin mempunyai IQ yang lebih sedikit tinggi, manakala mereka yang mengambil banyak diet makanan ringan mungkin mempunyai IQ yang sedikit kurang, menurut kajian terbaru.

Kajian - diketuai oleh penyelidik Kesihatan Awam Universiti Adelaide, Dr Lisa Smithers - melihat hubungan antara tabiat pemakanan kanak-kanak di usia enam bulan, 15 bulan dan dua tahun, dan IQ mereka pada usia lapan tahun.

Kajian terhadap lebih dari 7000 kanak-kanak membandingkan pelbagai corak pemakanan, termasuk makanan tradisional dan kontemporari sediaan di rumah, makanan bayi siap tersedia, menyusu, dan 'citarasa sendiri' atau makanan ringan.
 
Diet membekalkan nutrien yang diperlukan untuk pembentukan tisu saraf
 

"Diet membekalkan nutrien yang diperlukan bagi pembentukan tisu otak dalam dua tahun pertama kehidupan, dan matlamat kajian ini adalah untuk melihat apa kesan diet terhadap IQ kanak-kanak," kata Dr Smithers berkata. 
Diet awal yang kaya makanan ringan boleh menyebabkan nilai kanak-kanak sehingga dua mata IQ
 

"Kami dapati bahawa kanak-kanak yang menyusu pada usia enam bulan dan mempunyai diet sihat yang kerap meliputi makanan seperti kekacang, keju, buah-buahan dan sayur-sayuran pada 15 dan 24 bulan, mempunyai IQ sehingga dua mata lebih tinggi pada usia lapan tahun.

"Manakala kanak-kanak yang mengambil diet yang kerap mengandungi biskut, coklat, gula-gula, minuman ringan dan chip dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan mempunyai IQ sehingga dua mata lebih rendah pada usia lapan tahun.

"Kami juga mendapati beberapa kesan negatif ke atas IQ daripada makanan bayi siap tersedia yang diberikan pada usia enam bulan, tetapi beberapa kesan positif apabila diberikan pada usia 24 bulan," kata Dr Smithers.

Dr Smithers mengatakan kajian ini mengukuhkan keperluan untuk menyediakan makanan yang sihat kepada kanak-kanak pada masa yang penting, iaitu waktu pembentukan dalam kehidupan mereka.

"Walaupun perbezaan dalam IQ tidak besar, kajian ini menyediakan beberapa bukti yang kukuh dan terkini bahawa corak pemakanan dari enam hingga 24 bulan mempunyai kesan yang kecil tetapi bermakna pada IQ diusia lapan tahun," Dr Smithers berkata.

"Adalah penting untuk kita mempertimbangkan kesan jangka panjang makanan yang kita berikan kepada anak-anak kita," katanya.


# # #

Kisah di atas adalah berdasarkan berita keluaran pada 7 Ogos 2012 oleh
University ofAdelaide.

Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Epidemiologi Eropah:
Smithers LG, Golley RK, Mittinty MN, Brazionis L, Northstone K, Emmett P, Lynch JW. Dietary patterns at 6, 15 and 24 months of age are associated with IQ at 8 years of age. Eur J Epidemiol. 2012 Jul;27(7):525-35..
Institut Kesihatan Negara AS menyediakan maklumat lanjut mengenai pemakanan kanak-kanak 'child nutrition.'

No comments:

Post a Comment