Di sini ada beberapa cara untuk mencegah dari kesakitan akibat bibir pecah atau merekah;
1. Elakkan dari menjilat bibir yang kering. Menjilat bibir tidak akan melegakan – ia hanya akan membuat bibir bertambah kering dan lebih merekah dengan menyingkirkan minyak pelindung yang ada. Tambahan pula air liur mengandungi sedikit enzim penghadaman yang mana tidak akan membuat luka di bibir menjadi lebih baik.
2. Selalu pastikan bibir anda dilembapkan dengan pelembap bibir. Petrolatum sahaja sudah cukup baik dan sesuai untuk merkea yang ada alergi sentuhan. Sapukan pelembap bibir sebelum tidur terutamanya jika anda tidur dalam bilik berhawa dingin. Jika anda cenderung meleleh air ketika anda tidur, sapukan pelembap bibir yang mengandungi zink oksida yang bertindak sebagai penghalang mencegah bibir menjadi kering.
3. Jangan lupa minum air secukupnya
4. Sesetengah individu melepaskan tekanan dengan tabiat menjilat atau mengunyah bibir. Gunakan pelembap bibir setiap kali anda merasa ingin menjilat bibir atau menggigit bibir untuk menghentikan tabiat ini.
5. Alahan dan sensitif kepada buah-buahan sitrus, nikel, bahan kimia dalam ubat gigi, gincu dan ubat kumur serta ubat-ubat tertentu boleh menyebabkan bibir merekah pada sesetengah orang. Bincang dengan doktor atau ahli farmai anda.
Ten questions for Robbo aka @BiteTheDust
8 years ago
No comments:
Post a Comment