Tuesday, January 26, 2010

Kesan Peningkatan Kognitif dari Herba Brahmi

Bacopa monnieri (Brahmi, berdaun wangi, herba air berbau wangi) tumbuh bertahun lamanya, herba menjalar yang tumbuh di kawasan berpaya di seluruh India, Nepal, Sri Lanka, China, Taiwan dan Vietnam, dan ia juga dijumpai di Florida dan daerah lain di selatan USA.


Brahmi (Bacopa monniera Linn.) mempunyai sejarah panjang mengenai kegunaannya dalam perubatan tradisional Ayurveda dalam rawatan beberapa kecelaruan, terutama yang melibatkan kemurungan, pemikiran dan lemah ingatan.


Sewaktu ubat Ayurveda menguar-uarkan mengenai penigkatan efek kognitif dari Bacopa monniera sekian lamanya, ia tetap memerlukan penyelidikan “double-blind” control placebo.1


Roodenrys et al2 dalam tahun 2002 menyelidik 66 orang dewasa berumur antara 40 dan 65 tahun dalam “double-blind” secara rawak, kajian control placebo di dalam pelbagai fungsi memori diuji dan tahap kecelaruan diukur.


Para perserta diberi tiga bulan bekalan kapsul pada dos yang disyorkan oleh pengilang (300mg untuk individu dibawah 90kg dan 450kg untuk individu melebihi 90kg, bersamaan dengan 6g dan 9g rizom kering, secara berturutan)


Hasil kajian menunjukkan kesan signifikan Brahmi pada ujian untuk pengekalan maklumat baru. Kajian susulan menunjukkan bahawa kadar pembelajaran adalah tidak benar, mencadangkan bahawa Brahmi menurunkan kadar kelupaan tentang informasi baru yang diperolehi.


Walaubagaimanapun, tugas menilai memori jangka pendek terhadap ingatan, lisan, dan pandangan dan pengumpulan semula pengetahuan pra-eksperimen adalah tidak benar, sama seperti fungsi memori dan kemurungan setiap hari.


1. Percubaan “double-blind” adalah percubaan klinikal yang direka dimana tiada peserta secara individu atau staf penyelidik tahu yang mana peserta yang menerima ubat yang dikaji dan yang mana menerima placebo. Dalam system ini, ia juga lebih realistic dalam penyebaran jantina dan umur pesakit. Lagipun percubaan “double-blind” adalah pilihan, ia hanya lebih kepada memberi keputusan yang paling tepat-wikipedia.


2. Roodenrys S, Booth D, Bulzomi S, Phipps A, Micallef C, Smoker J (2002): Efek kronik dari Brahmi (Bacopa monnieri) pada memori manusia. Neuropsikofarmakologi. 27(2):279-81


3. MEMOR oleh Herbajules mengandungi 68.7mg ekstrak seluruh tumbuhan Bacopa monnieri dalam setiap kapsulnya. Ia dijual pada harga RM38.80 sebotol mengandungi 60 biji kapsul.


Photo from http://i.ehow.com/images/GlobalPhoto/Articles/5035318/201424-main_Full.jpg

No comments:

Post a Comment