Tekanan/depresi terjadi meluas di antara prang-orang tua, meliputi satu da;am enam pesakit yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Dan, malah peratusan lebih tinggi di hospital hospital dan rumah-rumah sakit. Kebanyakan masalah kesihatan yang biasa pada orang tua mungkin berkaitan dengan, atau bertambah kuat oleh gangguan tekanan. Kelaziman tekanan yang terjadi di antara orang tua berkembang pantas dan ia ditentukan mengikut skala tekanan geriatrik oleh Persatuan Psikiatri Geriatrik Amerika.
Skala Tekanan Geriatrik (Geriatric Depression Scale-GDS) adalah penilaian lapor-diri 30-perkara khusus untuk megenalpasti tekanan pada orang tua.
Dengan menggunakan skala ini, Bountziouka et al. meneroka hubungan antara pengambilan ikan dan simptom tekanan, meliputi 1190 lelaki dan wanita (>65 tahun) yang tinggal di serata Pulau Greek dan Cyprus. Mereka mendapati bahawa peserta yang mengambil jumlah ikan yang tinggi kuarng mendapat gejala tekanan.
Hampir 70% peserta mencapai skor melebihi tahap tanpa tekanan (i.e,skor GDS>5) dengan wanita memperolehi nilai lebih tinggi.
Suplemen Omega-3 meningkatkan kardiovaskular, otak, sendi, kulit dan kesihatan mata dan boleh membantu kesihatan otak.
Bountziouka V, Polychronopoulos E, Zeimbekis A, Papavenetiou E, Ladoukaki E, Papairakleous N, Gotsis E, Metallinos G, Lionis C, Panagiotakos D. Long-term fish intake is associated with less severe depressive symptoms among elderly men and women: the MEDIS (MEDiterranean ISlands Elderly) epidemiological study. J Aging Health. 2009 Sep;21(6):864-80.
No comments:
Post a Comment