Malangnya, ramai doktor masih mengekalkan mitos dengan tidak memberi kaunseling kepada pesakit tentang boleh atau tidak melakukan seks selepas keluar dari hospital. (Viagra dan ubat disfungsi ereksi(ED) yang lain sudah pasti tidak boleh diambil). "Bertenang" begitulah komen ringkas yang akan membuat mangsa serangan jantung, atau rakan mereka, yakin tentang masa depan seksual mereka. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa masalah seksual yang dialami oleh pesakit serangan jantung - dan kebanyakannya mengalami kesulitan termasuk kurangnya respon seksual atau impotensi - adalah kerana kurangnya maklumat dan ketakutan serangan jantung sekali lagi, berbanding komplikasi perubatan organik. Hubungan seksual tidaklah berat berbanding kegiatan rumah tangga biasa seperti menaiki tangga.
Tapi satu peringatan: Jangan terus lakukan seks selepas serangan jantung tanpa berunding dengan pakar kardiologi anda. Apa yang doktor syorkan akan berbeza-beza dengan tahap serangan jantung. Berdasarkan permintaan, kebanyakan pakar kardiologi akan memberikan nasihat seksual kepada kedua-dua pasangan pada hari pesakit meninggalkan hospital. Adalah penting bahawa kedua-dua pasangan dan pesakit tahu yang melakukan seks adalah tidak merbahaya.
Kebanyakan pakar kardiologi menyarankan mulai dengan perlahan-lahan, secara belaian. Dalam dua atau tiga bulan - dan setelah 'check up', anda biasanya boleh meneruskan hubungan seksual.
Robin Westen adalah seorang penulis bebas. Lebih dari dua ratus artikelnya telah muncul di pelbagai majalah termasuk Psychology Today, American Health, Glamour, Good Housekeeping, Self, dan banyak lagi. Beliau juga menulis sebuah kuiz psikologi mingguan dan kolum bulanan berkaitan seks untuk penerbitan nasional.
No comments:
Post a Comment