Sunday, June 12, 2011

Apakah Sedut Lemak (liposuction) Menghilangkan Lemak Selamanya?

Sumber gambar : http://3.bp.blogspot.com


Sedut lemak kedengaran seperti jawapan untuk kebanyakan wanita - dan lelaki: suatu penyelesaian pantas bagi mereka yang tidak dapat menurunkan berat badan dengan diet atau senaman, atau terlalu malas untuk melakukan salah satu darinya.

Tetapi apakah lemak kembali semula?

Sebuah kajian baru-baru ini oleh Teri L. Hernandez dan Robert H. Eckel di Sekolah Perubatan Universiti Colorado mendapati bahawa pada akhirnya lemak kembali semula dalam masa satu tahun, dan tersebar ke kawasan lain dari tubuh, terutama perut bahagian atas. Ada penyebaran lebih lanjut di sekitar bahu dan trisep pada lengan.

"Fakta bahawa lemak dikembalikan sangat menarik bagi kita sebagai saintis. Ini menyokong idea bahawa paras lemak dalam tubuh sangat berkaitrapat ditetapkan oleh mekanisma yang belum ditemukan," kata Eckel. "Ini adalah hipotesis yang kami uji dan telah disahkan. Pada tikus, ketika lemak telah dibuang, ia kembali semula, dan setelah penurunan berat badan pada manusia, kebanyakan orang kembali ke berat badan asal. Kami berpendapat otak mengawal berapa banyak lemak diperlukan dalam badan dan bertindakbalas mengatur berat badan. Sebab itulah mencegah obesiti sangat penting .. "

Penyelidik 'Obesity' mengatakan bahawa mereka tidak terkejut jika lemak kembali. Data di dalam model haiwan telah menunjukkan bahawa setelah operasi pembuangan lemak, ia cenderung untuk kembali ke kawasan lain. Penyelidikan sedut lemak yang dilakukan di Universiti Colorado merupakan percubaan rawak terkawal yang pertama pada manusia.

Rujukan Jurnal:


Teri L. Hernandez, John M. Kittelson, Christopher K. Law, Lawrence L. Ketch, Nicole R. Stob, Rachel C. Lindstrom, Ann Scherzinger, Elizabeth R. Stamm, Robert H. Eckel. Fat Redistribution Following Suction Lipectomy: Defense of Body Fat and Patterns of Restoration. Obesity, published online on 7 April 2011; DOI: 10.1038/oby.2011.64


No comments:

Post a Comment