Saturday, June 18, 2011

Tidur Lewat Berisiko Menambah Berat Badan dan Diet Yang Buruk

Sumber gambar: http://arch1design.com

Berjaga hingga lewat malam setiap hari dan kemudian tidur adalah kebiasaan yang dapat menyebabkan anda berisiko untuk meningkatkan berat badan. Kini, kajian telah menunjukkan hubungan antara waktu makan dan peraturan berat badan.

Menurut Kelly G. Baron et al, mereka yang pergi tidur lewat menyebabkan tempoh tidur lebih pendek, waktu tidur dan waktu bangun serta waktu makan menjadi lewat. Mereka juga makan lebih banyak kalori di malam hari, lebih banyak mengambil makanan segera, sedikit buah-buahan dan sayur-sayuran dan mempunyai berat lebih dari mereka yang tidur lebih awal dan bangun awal. Walaubagaimanapun, para penyelidik tidak pasti apakah mereka yang tidur lewat mengambil kalori tambahan kerana mereka lebih suka makanan berkalori tinggi atau kerana kurang pilihan yang menyihatkan pada malam hari.

Tambahan kalori harian dapat bermaksud jumlah yang signifikan dari kenaikan berat badan - dua kilogram sebulan - jika tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal yang lebih.

Menurut penulis senior Phyllis Zee, " '
circadian rhythm' atau irama harian manusia dalam tidur dan metabolisma akan segerakan dengan putaran harian Bumi, sehingga saat matahari terbenam anda seharusnya tidur, bukan makan, "kata Zee." Ketika tidur dan makan tidak sesuai dengan jam internal tubuh, ia boleh menyebabkan perubahan dalam nafsu makan dan metabolisma, yang boleh menyebabkan penambahan berat badan. "

Kajian ini menunjukkan dengan menetapkan waktu makan dan tidur dapat meningkatkan keberkesanan program pengurusan berat badan.

Rujukan jurnal:
Baron KG, Reid KJ, Kern AS, Zee PC. Role of Sleep Timing in Caloric Intake and BMI. Obesity, published online before print 28 April 2011; DOI: 10.1038/oby.2011.100


No comments:

Post a Comment