Saturday, June 25, 2011

Keupayaan Mensasarkan Kanser Oleh Nutrien Dalam Brokoli & Sayur-sayuran Lain


Picture Credit: http://img.dailymail.co.uk

Terakhir kami membincangkan tentang keupayaan brokoli menentang kanser pada bulan Januari yang lalu. Berikut adalah bukti sekali lagi dari Universiti Oregon.

Sulforafen, satu fitokimia utama yang dijumpai secara semulajadi dalam brokoli, kubis bunga dan lain-lain sayuran 'cruciferous', telah menunjukkan sasaran yang terpilih dan membunuh sel kanser dan meninggalkan sel prostat yang sihat tanpa menjejaskannya, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Molekul Nutrisi dan Penyelidikan Makanan.

Nampaknya sulforafen, yang ditemui pada paras yang agak tinggi dalam sayur-sayuran 'cruciferous', adalah perencat (inhibitor) bagi deacetylase histone, atau enzim HDAC. Perencatan HDAC adalah salah satu bidang yang lebih menjanjikan rawatan kanser dan menjadi sasaran dari kedua-dua pendekatan farmaseutikal dan pemakanan, menurut saintis.

"Walaupun fitokimia atau nutrien terdapat dalam makanan, ini bukan bererti ianya selamat, dan banyak juga yang bergantung kepada bentuk atau tahap dimakan.
Tetapi yang ini muncul sebagai fitokimia terpilih yang boleh membunuh sel kanser, dan yang selalu anda lihat dalam terapi kanser, "kata Emily Ho, ketua pengarang kepada kajian dan juga Profesor Madya Jabatan Pemakanan dan Latihan Sains Universiti Oregon.

Kajian terdahulu yang dijalankan menggunakan model tikus menunjukkan pertumbuhan tumor prostat telah diperlahankan oleh pemakanan yang mengandungi sulforafen. Ho berkata ia telah didokumenkan bahawa sulforafen boleh mensasarkan sel-sel kanser melalui pelbagai mekanisme khemopreventif, dan kajian ini menunjukkan sulforafen memilih sasaran sel hiperplasia benigna dan sel kanser prostat dan meninggalkan sel prostat yang normal tanpa terjejas.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Cramer dan Jeffery menemui cara brokoli disediakan dan digunakan, serta gabungan brokoli dengan pucuk brokoli, dimana kesan anti-kanser dari sayur-sayuran hampir dua kali lebih kuat.

"Brokoli, yang disediakan dengan betul, adalah ejen penentang kanser yang amat kuat. Untuk mendapatkan manfaat brokoli, enzim myrosinase mestilah hadir; jika tidak, sulforafen iaitu komponen pencegah kanser dan anti-radang dari brokoli, tidak terbentuk, "kata Elizabeth Jeffery, profesor nutrisi di Universiti Illinois.

Jurnal Rujukan:

John D. Clarke, Anna Hsu, Zhen Yu, Roderick H. Dashwood, Emily Ho. Differential effects of sulforaphane on histone deacetylases, cell cycle arrest and apoptosis in normal prostate cells versus hyperplastic and cancerous prostate cells. Molecular Nutrition & Food Research, published online 4 MAR 2011; DOI: 10.1002/mnfr.201000547

Cramer JM, Jeffery EH. Sulforaphane absorption and excretion following ingestion of a semi-purified broccoli powder rich in glucoraphanin and broccoli sprouts in healthy men. Nutr Cancer. 2011; 63(2):196-201.

No comments:

Post a Comment