Wednesday, June 1, 2011

Ubat Antidepresan dan Kolesterol Mungkin Meningkatkan Gula Darah

Agen penurun lipid pravastatin (contohnya Pravachol, Apo-Pravastatin) dan antidepresan paroxetine (contohnya Paxil, Seroxat CR, Apo-paroxetine) adalah diantara ubat yang paling banyak dipreskripsi di dunia. Interaksi yang tidak terduga antara mereka boleh mempengaruhi kesihatan umum.

Jika anda sedang mengambil kedua-dua pravastatin dan paroxetine, anda harus mengambil tahu kajian terbaru yang menemukan dua jenis ubat yang diambil secara kombinasi dilihat secara signifikan meningkatkan kadar gula darah.

Kenaikan ini paling jelas ketara di antara pesakit diabetes, dimana kadar gula darah sudah terlalu tinggi, menurut catatan penyelidik.

Pengambilan ubat secara berasingan tidak meningkatkan kadar gula darah, dan para penyelidik mengatakan mereka belum dapat menjelaskan pengaruh dari kombinasi tersebut. Kombinasi antidepresan lain dengan ubat penurun kolesterol tidak meningkatkan kadar glukosa, ini bukan 'efek pengkelasan'.

Para penyelidik di US Food and Drug Administration's (FDA's) Adverse Event Reporting System (AERS) meneliti profil kesan sampingan yang melibatkan homeostasis glukosa dan mencari isyarat cukup kuat untuk gabungan ubat dengan pravastatin dan paroxetine. Mereka mengenalpasti 135 pesakit non-diabetes yang mengambil kedua-dua ubat mendapati gula darah naik sebanyak 19 miligram per desiliter (1.0 millimol per liter) setelah rawatan bermula. Mereka juga mengenal pasti 104 pesakit diabetes di mana gula darah meningkat secara purata sebanyak 48 mg / dl (2.7 mmol. / L) ketika mengambil kedua-dua ubat.

Jika anda sedang mengambil kedua-dua pravastatin dan paroxetine, adalah munasabah untuk anda berjumpa doktor dengan segera dan lihat apakah kadar glukosa anda menjadi sukar dikawal.

"Jika ia terjadi, maka saya akan berfikir kemungkinan untuk menukar statin," kata Dr Ronald B. Goldberg., Profesor perubatan di Diabetes Research Institute of the University of Miami Miller School of Medicine.

"Pesakit diabetes mempunyai risiko kemurungan lebih tinggi; mereka semua disyorkan untuk mengambil statin," kata Goldberg. "Jadi, ia mungkin memburukkan lagi kawalan gula darah pada pesakit diabetes."

Goldberg berfikir ia terlalu awal untuk mengubah amalan klinikal berdasarkan kajian sahaja. "Hal ini perlu disahkan dalam percubaan klinikal," katanya.


Sumber:
1
. N P Tatonetti, J C Denny, S N Murphy, G H Fernald, G Krishnan, V Castro, P Yue, P S Tsau, I Kohane, D M Roden, R B Altman. Detecting Drug Interactions From Adverse-Event Reports: Interaction Between Paroxetine and Pravastatin Increases Blood Glucose Levels. Clin Pharmacol Ther advance online publication, May 25, 2011; doi:10.1038/clpt.2011.83


No comments:

Post a Comment