Menurut kajian terbaru, meningkatkan tahap lipoprotein berketumpatan tinggi, yang lebih dikenali sebagai HDL atau kolesterol "baik", dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan strok di kalangan pesakit diabetes.
Dalam kajian pemerhatian, salah satu yang terbesar seumpamanya, meneliti rekod-rekod perubatan lebih daripada 30,000 pesakit yang menghidap diabetes mendapati bahawa pesakit yang mempunyai tahap HDL rendah mendapat lebih banyak serangan jantung dan strok.

Penyelidik mengkaji pesakit diabetes kerana mereka lebih cenderung kepada penyakit jantung dengan risiko seumur hidup setinggi 87 peratus.
Walaupun terdapat bukti bahawa mengurangkan jumlah lipoprotein berketumpatan rendah, juga dikenali sebagai LDL atau kolesterol "jahat", boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, hubungan antara kolesterol HDL dan penyakit jantung adalah kurang jelas.
"Kajian kami menambah kepada bukti yang semakin kukuh bahawa meningkatkan paras HDL boleh menjadi satu strategi yang penting untuk mengurangkan risiko serangan jantung," menurut kajian yang diketuai penulis Gregory Nichols, PhD, penyiasat kanan Pusat Kaiser Permanente untuk Penyelidikan Kesihatan di Portland, Ore.
Kajian ini melibatkan 30,067 pesakit yang memasuki pendaftaran diabetes Kaiser Permanente di Oregon, Washington dan Georgia di antara tahun 2001 dan 2006. Pesakit-pesakit sekurang-kurangnya diambil dua ukuran HDL kolesterol antara 6 bulan dan 24 bulan.
Selepas mendapatkan ukuran kolesterol, penyelidik mengikuti perkembangan pesakit sehingga tahun ke 8 untuk melihat jika mereka dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung atau strok.
Kebanyakan pesakit (61 peratus) tidak mempunyai sebarang perubahan ketara dalam paras HDL, dalam 22 peratus daripada pesakit, paras HDL meningkat sebanyak sekurang-kurangnya 6.5 mg / dl (miligram setiap deciliter darah); manakala dalam 17 peratus daripada pesakit, paras HDL menurun sekurang-kurangnya sebanyak jumlah yang sama.
Kajian mendapati bahawa pesakit yang tahap HDLnya meningkat, mengalami lebih sedikit serangan jantung dan strok iaitu sebanyak 8 peratus berbanding pesakit yang tahap HDLnya kekal sama, manakala pesakit yang tahap HDLnya menurun mencatat 11 peratus serangan jantung dan strok.
Jurnal Rujukan:

Gregory A. Nichols, Suma Vupputuri, A. Gabriela Rosales. Change in High-Density Lipoprotein Cholesterol and Risk of Subsequent Hospitalization for Coronary Artery Disease or Stroke Among Patients With Type 2 Diabetes Mellitus. The American Journal of Cardiology, Volume 108, Issue 8, 15 October 2011, Pages 1124-1128 DOI: 10.1016/j.amjcard.2011.05.047
No comments:
Post a Comment