Thursday, February 11, 2010

Asap Terpakai – Risiko Kepada Perokok Sendiri






















Perokok tidak hanya merosak kesihatan diri sendiri dengan menghidu asap rokok secara terus, mereka juga membahayakan orang disekeliling, termasuk orang tersayang melalui pencemaran asap tembakau.


Pencemaran asap tembakau, juga dikenali sebagai asap terpakai, adalah kombinasi asap yang keluar dari pembakaran akhir rokok, cerut atau paip dan asap yang keluar melalui hembusan nafas perokok.


Asap terpakai mengandungi lebih dari 50 bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kesan pada kesihatan akibat terdedah kepada asap terpakai ini termasuklah kanser paru-paru,kanser hidung, infeksi salur pernafasan dan penyakit jantung.


Tiada jumlah yang selamat bagi asap terpakai. Kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua dan individu yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan merupakan golongan yang mudah memberi kesan terhadap kandungan toksinnya.


Terkini, Maria Teresa Piccardo, Anna Stella dan Federico Valerioin dalam kertas kajian yang diterbitkan di BioMed Central mendapat data dari jurnal Enviromental Health menunjukkan bahawa perokok sendiri berada pada risiko tambahan dengan bernafas dalam persekitaran asap tembakau, berlawanan dengan andaian yang mengatakan bahawa sesetengah risiko tidak penting dalam perbandingan yang menjadi penyebab sebenarnya adalah merokok.


Penyelidik mengkaji pendedahan oleh 15 penjual surat khabar di Genoa, Itali kepada bahaya asap rokok.


Penjual surat khabar adalah pemilih sebab mereka bekerja sendiri di dalam ruang akhbar yang kecil, maknanya sebarang asap rokok dalam udara yang di sedut adalah terhad berhubung kait dengan jumlah rokok yang dihisap oleh penjual surat khabar tersebut.


Penyelidik mendapati bahawa persekitaran asap tembakau mungkin mempunyai kesan bermakna terhadap kesihatan perokok. Seseorang yang merokok 14 batang rokok sehari, hasil asap terpakai mereka yang terdedah bersamaan dengan merokok lebih 2.6 batang rokok.


Inilah masanya berhenti melakukan kerja yang meletihkan, iaitu rokok!


Bincang dengan ahli farmasi atau doktor anda hari ini mengenai ubat terbaru bagi membantu anda berhenti merokok.


Maria Teresa Piccardo, Anna Stella and Federico Valerio. Is the smokers exposure to environmental tobacco smoke negligible? Environmental Health, 2010, 9:5


Photo : http://www.quittobaccoindonesia.net/v3/images/berita/rokok.bmp

No comments:

Post a Comment