Tuesday, February 2, 2010

Tambahan Kalsium Suatu Pembaziran Wang?

Osteoporosis adalah penyakit yang biasa pada orang tua di mana penurunan secara progesif ketumpatan tulang menyebabkan tulang menjadi lemah, sehingga menyebabkannya seperti retak.


Tubuh kita secara berterusan membina tulang baru dan mengaktifkan tulang yang lama. Semasa kanak-kanak, lebih banyak tulang dibina daripada digantikan, jadi tulang membesar mengikut saiz. Bagaimanapun selepas berumur 30-40 tahun, tubuh mungkin gagal membentuk tulang baru yang cukup, atau terlalu banyak tulang lama yang diserap semula, atau kedua-duanya sekali.


Penyebab osteoporosis bukanlah satu. Banyak factor yang menyumbang kepada kehilangan tulang seiring dengan usia.


Menopaus/ putus haid berlaku seiring dengan penurunan paras estrogen;estrogen membantu pembinaan tulang.Sejumlah kuantiti tulang mula menurun dan hasilnya osteoporosisterjadi. Walaubagaimanapun factor lain juga penting termasuk gaya hidup, indeks jisim tubuh yang rendah, penyakit dan ubat-ubatan.


Osteoporosis bagi kebanyakan orang adalah terkawal.Pencegahan penyakit ini adalah lebih penting kerana walaupun ada beberapa jenis perubatan untuk penyakit osteoporosis, seseorang itu tidak boleh sembuh dari penyakit ini.


Binalah tulang yang kuat, terutamanya sebelum usia 30 tahun, kerana ia adalah cara terbaik melawan pembentukan osteoporosis.


Pelbagai factor menjadi fenomena, pencegahan osteoporosis memerlukan lebih dari sekadar menambah kalsium dalam diet anda.


Kontroversi terjadi berkaitan dengan peranan kalsium pada umur pertengahan dan lanjut usia, peningkatan pada kajian populasi menunjukkan kadang-kadang hanya kekurangan kalsium yang memberi kesan, boleh diatasi dengan mengenali pelbagai factor karakter penyakit dan melalui pemerhatian khusus yang terperinci seperti perbezaan bangsa dan tabiat pengambilan kalsium1.


Berikut adalah antara ukuran efektif yang terbukti dalam pencegahan pertama osteoporosis; tiada satu daripadanya yang boleh mencegah osteoporosis dengan sendirinya tetapi mungkin tiga2.


1. Ubahsuai Gaya Hidup

· Jauhkan dari merokok, mengambil alkohol dan kafien berlebihan.

· Bersenam secara tetap seperti berjalan kaki setiap hari.


2. Suplemen kalsium dan Vitamin D

  • Pengambilan kalsium yang disyorkan sehari bagi rakyat Malaysia adalah 800mg.
  • Vitamin D membantu mengekalkan penyerapan kalsium dan metabolisma. Pendedahan kepada pancaran matahari adalah sumber terbesar vitamin D. Pengambilan vitamin D yang disyorkan pada umur 50 tahun adalah kira-kira 10ug/sehari (kira-kira 200-600i.u).
  • Makanan yang mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi seperti susu, keju, telur dan minyak ikan kod adalah digalakkan.


3. Ubat Mencegah Kehilangan Tulang

  • Berikut adalah ubat yang berkesan yang memerlukan penilaian yang sesuai oleh pengamal perubatan bertauliah sebelum digunakan. Ia termasuklah bifosfat, terapi penggantian estrogen dan raloxifene.


PERCUMA : Ujian Densiti Tulang

February 4, 2010 (Khamis), dari 11.00pagi hingga 2.00 petang di

K. H. HOE Pharmacal Sdn Bhd

107 Persiaran Raja Muda Musa, 42000 Pelabuhan Klang


Gambar dari http://img.webmd.com

No comments:

Post a Comment