Sebuah kajian terbaru melaporkan kesan perlindungan terhadap risiko kematian jantung secara mendadak pada wanita yang mengambil diet magnesium pada tahap yang lebih tinggi dari biasa.
Para penyelidik di bawah arahan Stephanie Chiuve dari Harvard Medical School menilai data lebih dari 88,000 orang wanita(1).
Dalam masa 26 tahun, para penyelidik mendokumentasikan 505 kes kematian mengejut atau 'arrhythmic death' dan juga dianalisis kadar magnesium dalam 99 wanita yang meninggal kerana kematian jantung secara mengejut dan 291 wanita yang masih hidup.
Setelah mengambil kira faktor seperti merokok, umur, dan adanya penyakit jantung, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan magnesium tinggi dikaitkan dengan penurunan risiko 37 peratus kematian jantung mendadak berbanding dengan pengambilan magnesium yang rendah. Kesan perlindungan yang nyata dari magnesium adalah ketara ketika para penyelidik menumpukan perhatian mereka pada jumlah darah, dengan setiap peningkatan 0,25mg per desiliter, melibatkan penurunan sebanyak 41 peratus risiko kematian jantung secara mendadak.
Kematian jantung mendadak (juga dikenali sebagai serangan jantung) berlaku apabila jantung tiba-tiba kehilangan fungsinya(serangan jantung). Mangsa mungkin didiagnosis mempunyai atau tidak mempunyai penyakit jantung.
Dalam 90 peratus orang dewasa yang meninggal secara tiba-tiba akibat serangan jantung, alasan mendasar adalah disebabkan penyakit jantung koroner, yang ditandai dengan pengumpulan plak dalam arteri yang membekalkan otot jantung. Di antara orang dewasa muda, kelainan jantung sering terlibat, dan kematian jantung mendadak mungkin dipicu oleh aktiviti fizikal atau sukan berlebihan. Penggunaan beberapa ubat jantung dan ubat lain, termasuk yang tidak berdaftar, boleh menyebabkan irama jantung abnormal yang mengakibatkan kematian mengejut.
Magnesium: Apa itu?
Magnesium merupakan mineral keempat paling banyak dalam tubuh dan sangat penting untuk kesihatan yang baik. Sekitar 50 peratus dari jumlah keseluruhan magnesium tubuh dijumpai dalam tulang. Separuh yang lain ditemui di dalam sel jaringan tubuh dan organ. Hanya 1% magnesium dijumpai di dalam darah, tetapi tubuh bekerja sangat keras untuk menjaga agar kadar magnesium dalam darah tetap kekal.
Magnesium berperanan di lebih daripada 300 reaksi biokimia dalam tubuh (2). Ini termasuk:
1. Fungsi normal otot dan syaraf
2. Kestabilan rithma jantung
3. Kesihatan sistem kekebalan.
4. Menjaga kekuatan tulang.
5. Menjaga paras gula darah.
6. Memastikan tekanan darah normal.
7. Metabolisme tenaga dan sintesis protein.
Kekurangan magnesium dapat mencetuskan sejumlah keadaan kesihatan dan masalah (3), seperti:
* Kecemasan
* Kemurungan
* Diabetes
* Migren
* Penyakit jantung
* Hipertensi
Makanan apa yang mengandungi magnesium?
Sayuran hijau seperti bayam merupakan sumber magnesium yang baik kerana pusat molekul klorofil (yang memberikan warna hijau pada sayuran) mengandungi magnesium. Beberapa kacang-kacangan (buncis dan kacang polong), kekacang dan biji-bijian, dan bijirin utuh yang belum diproses juga merupakan sumber yang baik dari magnesium. Bijirin yang diproses umumnya rendah magnesium. Ketika tepung putih ditapis dan diproses, tunas yang kaya magnesium dan kulitnya dibuang. Roti gandum yang diperbuat daripada bijirin tepung gandum menyediakan magnesium lebih tinggi dari roti yang dibuat dari tepung halus yang ditapis. Air paip boleh menjadi sumber magnesium, tapi jumlahnya bervariasi sesuai dengan sumber bekalan air. Air yang secara semulajadi mengandungi mineral lebih banyak digambarkan sebagai "keras". Air "keras" mengandungi magnesium lebih dari air "lembut".
Makan pelbagai jenis kekacang, bijirin, biji-bijian, dan sayur-sayuran akan membantu anda memenuhi keperluan sehari-hari diet anda untuk magnesium. KLIK DI SINI untuk sumber makanan tertentu dari magnesium.
Tinjauan diet sebelumnya menunjukkan bahawa sebahagian besar orang dewasa tidak memenuhi RDA untuk magnesium (320 mg per hari untuk wanita dan 420 mg per hari untuk lelaki).
Diet magnesium diserap di usus kecil. Magnesium dikumuhkan melalui buah pinggang.
BiO-LiFE Calcium & Magnesium PLUS : KLIK DI SINI untuk Tawaran Istimewa.
No comments:
Post a Comment