Bagaimana merokok menyebabkan kedutan?
Nikotin dalam rokok menyebabkan penyempitan pembuluh darah di lapisan terluar kulit anda. Hal ini mengganggu aliran darah ke kulit anda. Dengan aliran darah yang sedikit, kulit anda tidak mendapat oksigen dan nutrisi penting secukupnya, seperti vitamin A. Kebanyakan lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau juga merosakkan kolagen dan elastin, yang merupakan serat yang memberikan kulit anda kekuatan dan keanjalan. Akibatnya, kulit mula mengendur dan berkedut sebelum waktunya akibat merokok.
Selain itu, pendedahan secara berulang terhadap panas dari rokok yang terbakar dan ekspresi wajah yang anda buat saat merokok - seperti mengerutkan bibir saat menghisap rokok dan menyepetkan mata saat asap keluar - boleh menyebabkan kedutan.
Merokok Juga Penyebab jerawat!
Kini, jika anda memerlukan alasan lain untuk memotivasi diri untuk berhenti merokok, tambah jerawat dalam senarai tersebut.
Bruno Capitanio, MD, dari Istituti Fisioterapici Ospitalieri di Rom, dan kumpulannya menguji 226 wanita dewasa yang mempunyai jerawat dan mendapati bahawa 192 dari wanita tersebut (85 peratus) mempunyai CPAA, dan 34 orang mempunyai jerawat postadolescent papulopustular. Seratus lima puluh orang (66,3 peratus) adalah perokok, namun merokok dikenalpasti dalam 72,9 peratus dari mereka yang CPAA dan hanya 29,4 peratus dari mereka dengan jerawat postadolescent papulopustular.
CPAA adalah 'Comedonal PostAdolescent Acne' dan sepertinya sangat berkaitan dengan merokok.
Nikotin adalah suatu agonis asetilkolin (ACh) dan dijangka bahawa stimulasi reseptor Ach pada epidermis keratinosit menyebabkan hiperproliferasi dan diferensiasi meningkat. Secara ringkasnya, nikotin menyebabkan kelebihan pengeluaran sel kulit yang lebih cepat dan kemudian menempel bersama dan menyumbat pembukaan folikel rambut. Kadang-kadang penyumbatan folikel rambut pecah sehingga mengarah pada pembentukan pustula, nodul, abses dan kista.
Rujukan
Data dari Mayo Clinic.
Capitanio B, Sinagra JL, Bordignon V, Cordiali Fei P, Picardo M, Zouboulis CC. Underestimated clinical features of postadolescent acne. J Am Acad Dermatol. 2010 Nov;63(5):782-8.
Asetilkolin: Suatu bahan kimia penting dalam neuron (sel saraf) yang berfungsi sebagai neurotransmitter dan membawa maklumat di celah sinaptik, ruang antara dua sel saraf.
Picture Credit 1; Picture Credit 2
KLIK DISINI untuk matlumat mengenai Penamatan Merokok.
No comments:
Post a Comment