Thursday, April 15, 2010

Apabila Anda Berhenti Merokok

Salah satu penyebab utama sukarnya berhenti merokok ialah kerana kebaikan berhenti merokok dan keburukan meneruskannya tidak diketahui dengan jelas.

Jadi, di sini diterangkan perubahan yang berlaku berdasarkan waktu selepas berhenti merokok dan bagaimana ia memberi efek pada tubuh anda serta merta.

  • Dalam 20 minit – tekanan darah anda akan kembali normal.
  • Dalam 8 jam – paras karbon monoksida ( gas toksik) dalam aliran darah akan turun separuh dan paras oksigen akan kembali normal.
  • Dalam 48 jam – peluang mendapat serangan jantung akan menurun. Semua nikotin akan hilang dari badan anda. Deria rasa dan bau akan kembali ke paras normal.
  • Dalam 72 jam – saluran bronkial dalam keadaan rehat dan paras tenaga anda akan meningkat.
  • Dalam 2 minggu - pengaliran darah akan meningkat, dan ia akan terus meningkat menjadi lebih baik untuk 10 minggu berikutnya.
  • Dalam 3 hingga 9 bulan – batuk, masalah pernafasan dan tercungap-cungap akan hilang kerana kapasiti paru-paru meningkat sebanyak 10%.
  • Dalam 1 tahun – risiko mendapat serangan jantung turun menjadi separuh.
  • Dalam 5 tahun - risiko mendapat strok kembali seperti orang yang tidak merokok.
  • Dalam 10 tahun – risiko kanser paru-paru akan kembali seperti orang yang tidak merokok.
  • Dalam 15 tahun – risiko serangan jantung akan kembali seperti orang yang tidak merokok.
Jadi, anda mempunyai lebih banyak perkara penting untuk diperhatikan jika anda berhenti sekarang daripada hanya berasa ganjil bila tidak dapat merokok.Berhenti sekarang!

Perokok pasif kedua dan ketiga akan memerlukan biaya yang tinggi dalam penjagaan kesihatan untuk orang tersayang.

Kaedah 'Cold Turkey' adalah percuma, dan anda boleh lakukannya pada bila-bila masa. Kenapa tidak hari ini?

Fikiran positif, makanan berkhasiat, senaman secara teratur dan luangan waktu bersama keluarga dan teman-teman adalah mudah, jadikan ia rutin harian yang berguna untuk diamalkan.

Makanan tambahan yang perlu seperti kalsium, vitamin B dan antioksidan membantu mengekalkan kesihatan optimum. Centrum® Silver mungkin merupakan multivitamin yang sesuai untuk anda.

Gambar: http://farm4.static.flickr.com/

1 comment:

  1. Sebenarnya bukan susah nak buang tabiat merokok.
    Setelah membaca laporan ini, harus lah kita berazam untuk memperhentikan merokok mulai hari ini!

    ReplyDelete