Wednesday, April 7, 2010

Saderi dan Pasli Boleh Membantu Mencegah Leukemia

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa apigenin, yang ditemui dalam saderi, pasli, wain merah, sos tomato, dan makanan lain berasaskan tumbuhan, boleh juga bermanfaat dalam perlindungan melawan kanser ovari.

Kajian yang dibimbing saintis Belanda diketuai oleh Maikel Peppelenbosch menunjukkan bahawa apigenin – flavaniod yang biasa ditemui dalam buah-buahan dan sayur-sayuran – boleh menghentikan pembentukan dua jenis sel leukemia dan menghalang peluangnya untuk terus berkembang.

Tetapi kajian juga menemui komponen ini boleh menurunkan sensitiviti khemoterapi, bergantung jenis sel, dengan kemungkinan mengganggu rawatan piawai bagi orang yang sudah didiagnosa sebagai leukemia.

“Apigenin mungkin berguna sebagai agen pencegah untuk leukemia, tetapi ia tidak digalakkan diambil pada waktu yang sama dengan khemoterapi untuk penyakit yang sedia ada kerana ia boleh mengganggu efek positif dari rawatan” Peppelenbosch menulis dalam kajian di jurnal saintifik 'Cell Death and Disease'

Flavaniod adalah komponen antioksidan yang melindungi sel melawan kerosakan melalui molekul oksigen.

Rujukan Jurnal

R R Ruela-de-Sousa, G M Fuhler, N Blom, C V Ferreira, H Aoyama and M P Peppelenbosch. Cytotoxicity of apigenin on leukemia cell lines: implications for prevention and therapy. Cell Death and Disease (2010) 1, e19

Gambar: http://ayeshahaq.files.wordpress.com/2009/09/celery.jpg

No comments:

Post a Comment