Friday, April 2, 2010

KUNYIT : KEMBALI KE AKAR

Penggunaan kunyit yang berasal dari akar tumbuhan Curcuma longa, bagi rawatan pelbagai penyakit keradangan telah diterangkan dalam Ayurveda dan dalam perubatan tradisional Cina sejak beribu tahun dahulu.

Komponen aktif dari kunyit yang bertanggungjawab bagi aktiviti ini ialah kurkumin yang ditemui hampir dua dekad yang lalu.

Sains moden mendedahkan bahawa kurkumin menjadi pengantara mengesan dan menyesuaikan beberapa molekul sasaran yang penting, termasuk faktor transkripsi ( cth; NF-kappaB, AP-1, Egr-1, beta-katenin, dan PPAR-gamma), enzim-enzim (cth; COX2, 5-LOX, dan hemeoksingenase-1), putaran sel protein (cth; cyclin D1 dan p21), sitokinase (cth; TNF, IL-6, dan kimokinase) reseptor (cth; EGEFR dan HERZ) dan permukaan sel molekul yang melekat.

Disebabkan ia boleh bertindakbalas pada sasaran yang dikehendaki, kurkumin kini digunakan untuk rawatan kanser, arthritis, diabetes, penyakit Crohn, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, penyakit Alzheimer, psoriasis dan beberapa penyakit lain.

Rumusan dari Shishodia S, Sethi G dan Aggarwal BB’s “Curcumin: getting back to the roots” diterbitkan dalam Ann N Y Acad Sci. 2005 Nov;1056:206-17.

Foto : http://www.thecamreport.com

No comments:

Post a Comment