Wednesday, April 21, 2010

Langkah-langkah Pencegahan Kanser

Sesiapapun boleh mendapat kanser. Satu dari faktor utama yang menyebabkan seseorang boleh mendapat kanser ialah umur: 3 dari 4 pesakit kanser berumur 55 tahun atau lebih. Tetapi ada lebih banyak faktor lain yang mempengaruhi risiko kanser dan beberapa diantaranya boleh diubah.

Empat puluh peratus dari kanser boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, menurut laporan yang dipelopori oleh penyelidik dari organisasi International Union Against Cancer (UICC).

BERTINDAK SEKARANG!!

  1. Berhenti merokok sekarang juga.

    Merokok adalah satu-satunya penyebab utama kanser yang boleh dicegah. Perokok pasif kedua dan ketiga juga boleh merosakkan kesihatan.

  1. Makan pelbagai jenis makanan berkhasiat.

    Seimbangkan pengambilan kalori dengan aktiviti fizikal. Sayur-sayuran penting seperti brokoli, kubis bunga, kubis, kubis Brussels dan khailan dipercayai menjadi bahan semulajadi terbaik melawan kanser. Pastikan makanan tinggi antioksidan dalam diet anda – seperti tomato, teh ( terutama teh hijau), wain merah, coklat hitam, kekacang, kekeras dan banyak lagi makanan lain.

    Pilih bijirin yang diproses (refined). Diet tinggi fiber terlarut dan rendah lemak bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat atau mengekalkan berat badan, ia juga mempunyai kaitan untuk menurunkan risiko kanser kolon, esofagus, paru-paru dan perut. Kawal pengambilan makanan yang diproses, daging merah dan juga alkohol.

  1. Tetap aktif dan kekalkan berat ideal.

    30 minit senaman sederhana setiap hari boleh membantu mencegah kanser melalui mekanisma berikut:

  • Meningkatkan sistem imun anda.
  • Mencegah kegemukan
  • Menurunkan kadar estrogen
  • Menurunkan kadar Faktor Pertumbuhan Insulin (FPI). Kadar FPI yang tinggi akan meningkatkan risiko pembentukan kanser payudara, kolon, dan rektum.

    Di USA, 16% kes kanser usus pada lelaki dan 17% kes kanser payudara pada wanita boleh dicegah hanya dengan memastikan mereka berada dalam julat berat ideal.

4. Lindungi diri dari matahari

    Lebih dari 90% semua kanser kulit disebabkan pendedahan secara berlebihan terhadap radiasi matahari, termasuk melanoma dimana ia boleh mengancam nyawa.

  1. Dapatkan imunisasi

    Setengah kanser berkaitan dengan infeksi virus yang boleh dicegah melalui imunisasi. Bincang dengan doktor anda tentang imunisasi melawan Hepatitis B dan Human Papillomavirus (HPV).

  1. Hindari Tabiat berbahaya

    Semua tahu bahan karsinogen terdapat dalam persekitaran hidup kita, di rumah dan di tempat kerja. Hindari atau kurangkan pendedahan pada bahan-bahan yang diketahui mengandungi bahan kimia berbahaya. Hindari perbuatan berbahaya yang mendedahkan anda pada HPV, HIV dan jangkitan Hepatitis B dan C yang diketahui penyebab kanser.

  1. Lakukan pemeriksaan

    Ujian secara teratur dan pemeriksaan sendiri untuk sesetengah kanser mungkin tidak mencegah kanser, tetapi ia boleh meningkatkan peluang penemuan awal kanser – dimana rawatan awal kejayaannya lebih tinggi.

  1. Kurangkan tekanan

    Kita tahu bahawa kanser menyebabkan kita tertekan, tetapi adakah tekanan juga menyebabkan kanser?

    Kajian pada sel biologi dan biokimia menunjukkan bahawa sesetengah molekul yang diberi tekanan secara berkala mempunyai kaitan dengan beberapa penyakit termasuk kanser.

    Saluran yang radang akibat tertekan mengakibatkan pembentukan tumor, metastasis tumor, dan resistan kepada kemoterapi.

    Adalah amat penting untuk mengetahui dan menangani tekanan, samaada ada atau tidak sebarang efek atas pembentukan atau perkembangan kanser, dengan melakukannya akan meningkatkan kualiti hidup anda.

Selain itu, jangan menyesali perkara yang lepas, jangan berspekulasi terhadap masa depan. Fokus pada waktu sekarang dan nikmati saat ini...

Gambar

2 comments:

  1. Memang benar pengamalan cara hidup yang sihat boleh mencegah penyerangan kanser, iaitu penyakit barah.

    ReplyDelete