Tokotrienol adalah salah satu dari keluarga vitamin E. Nutrisi yang diperlukan oleh tubuh, vitamin E terdiri dari empat tokoferol(alfa, beta, gamma, delta) dan empat tokotrienol (alfa, beta, gamma, delta).
Kekurangan vitamin E menyebabkan gangguan pada fungsi neurologikal. Otak sangat mudah teroksida sehingga rosak disebabkan pengambilan oksigen yang terlalu tinggi.Tambahan pula kandungan lipid yang tinggi dalam otak menjadikannya lebih mudah teroksida dalam persekitaran yang kurang antioksidan.
Merupakan antioksidan yang 40 hingga 60 kali lebih poten, tokotrienol lebih efektif dari tokoferol dalam melindungi sel otak dari kerosakan oksidatif (37).
Tokotrienol memiliki keupayaan melindungi saraf secara berkesan seperti yang dibuktikan dalam sejumlah kajian yang ditaja oleh NIH (38-40). Kajian secara in-vitro menunjukkan bahawa alfa-tokotrienol, bukan alfa-tokoferol, mencegah kematian saraf pada konsentrasi yang sangat ekstrem rendah. (nanomolar, 10-9)
Saraf yang dirawat dengan tokotrienol kekal tumbuh sihat dan berkembang walaupun dalam kehadiran agen neurotoksik yang berlebihan. Sifat pelindung saraf dapat dilihat pada konsentrasi tokotrienol yang rendah, tidak bergantung kepada aktiviti antioksidan kerana tokotrienol tidak menghalang sifat antioksidan pada kepekatan nanomolar. Tokotrienol hanya mula menunjukkan efek antioksidan pada konsentrasi micromolar (41).
Kajian yang sama di Ohio State Medical Center menunjukkan bahawa tokotrienol secara oral sampai pada otak tikus dalam konsentrasi yang boleh mencegah strok. Disini terjadi penurunan jumlah infark cerebral dalam pengambilan tokotrienol pada tikus berbanding pada kawalan yang sepadan (40).
Kajian selanjutnya menunjukkan bahawa suplemen tokotrienol pada wanita sihat mencapai tahap plasma tokotrienol 12 hingga 30 kali lebih tinggi berbanding kepekatan yang diperlukan untuk perlindungan saraf.
Kajian terhadap manusia secara rawak “double blind” plasebo, mengarah kepada merekrut 400 pesakit selama lima tahun untuk mengkaji efek perlindungan saraf dari tokotrienol dengan melihat perubahan yang berlaku menggunakan Magnetic Resonance Imaging (MRI)(43). Ini membolehkan penyelidik melihat perubahan awal pada otak tanpa perlu menunggu keputusan klinikal akhir yang nyata seperti strok klinikal.
Keputusan dari percubaan klinikal ini akan memberikan lebih tumpuan pada kelebihan kejayaan kompleks tokotrienol dalam kedua-dua gangguan neurologikal akut, contohnya : strok, dan gangguan neurodegeneratif kronik, contohnya penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson.
Kertas kajian yang digunakan dalam presentasi ini terdapat di sini
Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi membuktikan kepakaran dalam bidang penyelidikan perubatan dengan menghasilkan suplemen daripada ekstrak buah kelapa sawit, Tocotrienols
ReplyDelete