Mangga ini adalah untuk peti sejuk anda |
Menurunkan berat badan apabila gemuk boleh mencegah atau merawat kencing manis, apa pun BMI awal anda.
Menurunkan BMI anda sebanyak lima unit boleh secara mendadak mengurangkan risiko penyakit kencing manis, apa pun berat badan awal anda, menurut kajian terbaru yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Endokrinologi / Kongres Endokrinologi Eropah di Florence, Itali. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun pesakit yang agak gemuk menghidap kencing manis, mereka berpotensi dapat melepaskan diri mereka daripada penyakit ini.
Menangani kencing manis adalah perkara penting yang diberi keutamaan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan di seluruh dunia (lebih kurang enam hingga tujuh peratus penduduk dunia, kira-kira 285 juta orang) dan komplikasi yang teruk termasuk amputasi dan penyakit jantung. Pembedahan untuk menurunkan berat badan tanpa diduga mempunyai kesan terapeutik yang pantas dan besar kepada kadar kencing manis. Memahami mengapa penurunan berat badan mempunyai kesan dramatik terhadap kencing manis adalah tumpuan kajian ini yang dijalankan oleh Profesor Madya Markku Peltonen dari Institut Kebangsaan Kesihatan dan Kebajikan, Finland dan rakan-rakan dari Universiti Gothenburg, Sweden.
Para penyelidik yang mengikuti 2010 pesakit dari kajian Subjek Obes Sweden telah menerima pembedahan bariatrik dan 2037 kawalan obes menerima rawatan konvensional obesiti (bukan pembedahan). Mereka telah mengambil data BMI dan kencing manis dipermulaan (sebelum pembedahan dalam kumpulan pembedahan), dan pada dua tahun dan 10 tahun susulan.
Kalangan pesakit dengan BMI <35, 35-40 dan 40-45 yang tidak menurunkan berat badan selepas dua tahun, kadar mendapat kencing manis jenis 2 adalah masing-masing 6.5%, 7.7% dan 9.3%. Antara mereka yang mempunyai BMI awal antara 35-40, 40-45 dan ≥ 45 yang kehilangan sekurang-kurangnya lima unit BMI selepas dua tahun, kadar mendapat kencing manis jenis 2 adalah masing-masing 2.4%, 2.0% dan 3.4%, jelas menunjukkan bahawa kadar kencing manis yang lebih rendah ditemui di kalangan pesakit obes yang telah kehilangan lima unit BMI melalui apa-apa cara sekalipun. Analisis selanjutnya menunjukkan bahawa kadar pesakit yang sembuh daripada diabetes selepas kehilangan lima unit BMI adalah tidak bergantung kepada BMI awal di semua peringkat BMI yang diukur. Trend ini juga diperhatikan selepas 10 tahun selepas pembedahan.
Kajian ini mencadangkan bahawa kehilangan lima unit BMI, bersamaan dengan lebih kurang 16 kilogram untuk lelaki dengan tinggi 180cm, berusia 35 tahun dan berat 130kg (BMI 40), boleh membuat perubahan kepada kesihatan anda dengan mengurangkan kemungkinan anda mempunyai diabetes jenis 2. Tambahan pula, ia menyarankan bahawa ini adalah benar untuk semua pesakit, bahkan mereka yang terlalu gemuk menunjukkan peningkatan yang dramatik.
Profesor Madya Markku Peltonen, Pengarah Jabatan di Institut Kebangsaan Kesihatan dan Kebajikan, Finland, berkata:
"Hasil kajian kami menunjukkan bahawa, apa jua berat badan anda pada permulaan, kehilangan lima unit BMI boleh secara mendadak mengurangkan risiko anda mempunyai kencimg manis jenis 2 selepas dua dan sepuluh tahun.
"Pengurangan lima unit BMI bukanlah pencapaian yang hebat, kerana badan manusia tidak begitu baik untuk mengurangkan berat badan. Tetapi pesakit dengan berat berapapun perlu mengambil dorongan ini bahawa dengan berbuat demikian, mereka benar-benar dapat meningkatkan peluang mereka untuk masa depan yang sihat. "
# # #
Kisah di atas adalah dari berita keluaran 5 Mei, 2012 oleh European Society of Endocrinology.
BMI ialah Indeks Jisim Tubuh iaitu ukuran lemak badan berdasarkan ketinggian dan berat badan lelaki dan wanita dewasa.
Kira Indeks Jisim Tubuh Anda DI SINI
No comments:
Post a Comment