Saturday, January 29, 2011

Bagaimana Menjaga Gigi Palsu Anda

Apa gunanya berjumpa doktor gigi setiap tahun jika anda sudah tidak ada gigi lagi?- Untuk menjaga agar anda tersenyum dan tetap sihat. Malangnya, terlalu banyak yang menganggap tiada gunanya untuk berjumpa doktor gigi setelah mereka mula memakai gigi palsu, sebanyak 70 peratus dari mereka tidak pernah kembali ke doktor gigi dalam tempoh lima tahun. Ini merupakan kesilapan. Bahkan pemakai gigi palsu harus menemui doktor gigi mereka sekali setahun.

Gigi palsu perlu pemeriksaan. Mereka boleh menyebabkan radang gusi, merangsang luka dan tumor di mulut. Pemakaian gigi palsu yang salah boleh merosakkan sendi rahang dan mempercepat kehilangan penyokong tulang. Apa yang pemakai gigi palsu selalu abaikan adalah fakta bahawa bentuk mulut berubah, meskipun perlahan. Tulang yang menyokong mulut susut sekitar dua milimeter setiap lima hingga lapan tahun. Dan ini mempengaruhi penampilan pesakit, menyebabkan kedutan yang dalam di sekitar mulut, atau bibir kelihatan kurus, atau dagu menonjol, atau dikatakan rahang bawah berkantung. Akibatnya, gigi palsu perlu diganti segera.

Sewaktu pemeriksaan secara teratur, pengguna gigi palsu boleh membantu mengurangkan hakisan tulang dan menjaga kesihatan mulut dengan mengunyah secara lurus ke atas dan ke bawah dengan jumlah yang sama di kedua sisi rahang. Mengunyah sebelah sisi atau mengunakan salah satu sisi mulut boleh membuat gigi palsu tergelincir dan mengakibatkan pemakaian berlebihan.

Para pengguna gigi palsu juga perlu memberus gusi di bawah gigi palsu untuk merangsang peredaran darah dan menjaga gusi agar tetap sehat. Kemudian, juga, gigi palsu harus ditanggalkan untuk beberapa jam setiap hari. Dan jika gigi palsu rosak atau longgar, pengguna tidak seharusnya mencuba untuk memperbaikinya sendiri melainkan harus berjumpa doktor gigi. Cari doktor gigi yang mengkhususkan diri dalam keperluan pesakit senior.

Robin Westen menulis tentang kesihatan untuk majalah nasional.

Dia adalah pengarang
“Ten Days to Detox: How to Look and Feel a Decade Younger.”

No comments:

Post a Comment