Saturday, October 6, 2012

Diet Tinggi Antioksidan Mengurangkan Risiko Serangan Jantung Pada Wanita

Diet yang kaya dengan kandungan antioksidan yang tinggi, terutamanya dari buah-buahan dan sayur-sayuran, boleh mengurangkan risiko serangan jantung di kalangan wanita dengan menghalang tekanan oksidatif dan keradangan, menurut kajian baru di Stroke, jurnal Persatuan jantung Amerika.

Kajian ini adalah yang pertama seumpamanya untuk memberi tumpuan kepada kesan daripada semua diet antioksidan dan hubungan mereka terhadap serangan jantung. Jumlah kapasiti antioksidan (
Total antioxidant capacity -TAC) adalah dengan mengira semua antioksidan yang terdapat dalam diet dan kesan sinergi yang berlaku antara mereka, menjadi satu nilai tunggal.

Kajian itu melibatkan wanita (31 035 peserta bebas penyakit kardiovaskular (CVD) dan 5680 lagi dengan sejarah awal CVD), berumur di antara 49 dan 83 tahun dalam tempoh 10 tahun.

Diet telah dinilai melalui kekerapan soal selidik pemakanan.

Penyelidik mengira anggaran jumlah kapasiti antioksidan dari pangkalan data yang mengukur kapasiti penyerapan radikal oksigen (
oxygen radical absorption capacity -ORAC ) makanan yang paling biasa dimakan di Amerika Syarikat. Kes strok ditentukan oleh kaitannya dengan Pendaftaran Pelepasan Hospital Sweden.

Sepanjang kajian, 1,114 wanita mengalami serangan jantung. Wanita dengan kadar jumlah antioksidan tertinggi mempunyai risiko 20 peratus lebih rendah berbanding wanita yang mempunyai kadar jumlah antioksidan yang sedikit. Kumpulan dengan risiko terendah – mengambil tiga kali lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, kira-kira 7 hidangan sehari, berbanding dengan orang lain yang hanya mempunyai 2-4 hidangan.

Ketua penyelidik Alicja Wolk, DrMedSci, Bahagian Pemakanan Epidemiologi, Institut Perubatan Alam Sekitar, Institut Karolinska, Stockholm, Sweden, menjelaskan:
"Berbeza dengan suplemen antioksidan tunggal, jumlah kapasiti antioksidan dalam pemakanan mencerminkan semua antioksidan hadir, termasuk beribu-ribu sebatian, semuanya dalam dos yang terdapat dalam diet biasa kita, dan juga mengambil kira kesan sinergistik mereka."

Rujukan:
Rautiainen S, Larsson S, Virtamo J, Wolk A. Total Antioxidant Capacity of Diet and Risk of Stroke: A Population-Based Prospective Cohort of Women. Stroke. 2012;43:00-00.
Anda boleh membaca kertas lengkap DI SINI.

Artikel ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris oleh Ahli Farmasi Mahfuza Turman
 

No comments:

Post a Comment