Wednesday, October 10, 2012

Sebatian Anti-penuaan dalam Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Credit: www.abc.net.au
Polifenol secara semulajadi merupakan sebatian yang sebahagian besarnya ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan minuman. Buah-buahan seperti anggur, epal, pir, ceri dan buah beri mengandungi polifenol sebanyak 200-300 mg bagi setiap 100 gram berat segar.

Produk yang diperbuat daripada buah-buahan, juga mengandungi polifenol dalam jumlah yang besar. Biasanya segelas wain merah atau secawan teh atau kopi mengandungi kira-kira 100 mg polifenol. Bijirin, kekacang kering dan coklat juga menyumbang kepada pengambilan polifenolik.

Kajian epidemiologi dan berkaitan meta-analisis sangat menyarankan bahawa penggunaan jangka panjang diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan menawarkan perlindungan terhadap pembentukan kanser, penyakit kardiovaskular, kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.
Rujukan:

Pandey KB, Rizvi SI. Plant polyphenols as dietary antioxidants in human health and disease. Oxidative Medicine and Cellular Longevity. 2009 Nov-Dec; 2(5): 270–278.

Klik
DI SINI untuk membaca lebih lanjut tentang kesan-kesan biologi polifenol tumbuhan dalam konteks yang relevan kepada kesihatan manusia.

Artikel ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris oleh Ahli Farmasi Mahfuza Turman
 

No comments:

Post a Comment