Mungkin kelihatan seperti tiada apa-apa terjadi pada waktu itu, tapi bila terlalu kerap, anda mungkin bangun keesokan harinya dengan lebam yang sangat sensitif bila disentuh. Apabila ia terjadi, anda mungkin memerlukan beg ais atau ubat, tapi sebelum anda melakukannya, mari kita bincang tentang lebam dan mengetahui puncanya.
Lebam (atau dalam perubatan disebut "contusions") terjadi apabila anda terluka dan pembuluh darah kecil di kulit pecah. Pembuluh darah ini atau "kapilari", bocor ke jaringan di sekitarnya dan sebagai sel darah merah yang berkumpul, anda boleh melihat perubahan warna di daerah tersebut. Bermula sebagai luka berwarna merah-ungu kemudian bertukar menjadi hijau atau kuning sebagai tindakbalas tubuh bekerja untuk menyembuhkan kawasan tersebut dan memetabolismakan atau memakan jisim sel darah merah yang terlepas.
Kecenderungan untuk lebam bervariasi dari seorang kepada seorang yang lain. Sekiranya semua orang terjatuh, kanak-kanak kurang mendapat lebam. Mereka memiliki ketahanan pembuluh darah yang tidak mudah pecah. Orang-orang tua, khususnya mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mempunyai pembuluh yang nipis, sesetengah mendapati tanda hitam dan biru sering terjadi sehingga menjadi tanda tanya dari mana datangnya kecederaan tersebut dan apa puncanya. Ubat yang menghalang pembekuan darah (seperti Coumadin) dan preskripsi ubat yang membuat pembuluh darah lebih rapuh (seperti Prednisone) sering memberikan sumbangan terhadap jumlah lebam seseorang.
Setelah dua hingga tiga minggu, kebanyakan orang mendapati lebam mereka sembuh dan warna kulit mereka kembali normal. Kadang-kadang, tubuh akan menyekat wilayah ini daripada menghantar sel untuk melakukan kerja pembersihan. Ketika hal ini terjadi darah akan berkumpul dan daerah tersebut membengkak dan menjadi lembut. Jika kalsium yang disimpan, keadaan tulang yang disebut myositis ossificans boleh berlaku dan jaringan menjadi sensitif terhadap sentuhan dan kekerasan.
Bahan kimia semulajadi yang ditemui dalam Arnica membantu untuk menyembuhkan atau menghalang komplikasi yang tidak diingini. Flavonoid mengurangkan ketelapan pembuluh darah dan polisakarida merangsang proses di mana sel-sel pembantu membersihkan sel-sel jaringan yang tidak dikehendaki.
Apabila menggunakan Arnica, hasil yang terbaik terjadi apabila tahap kecederaan dan kekuatan ubat hemeopati yang digunakan berpadanan. Apabila anda tersepak meja atau terkena lontaran bola keranjang pada hidung, anda hanya memerlukan arnica potensi rendah. Untuk kecederaan minimum, sapuan arnica adalah memadai.
Ingat bahawa trauma serius dan lebam spontan memerlukan pemeriksaan perubatan yang lengkap. Pastikan anda memeriksa tanda-tanda kecederaan dalaman dan keretakan. Selain itu, perkataan "RICE" dapat membantu untuk mengingatkan anda tentang tips-tips berharga lain untuk lebam: Rest(rehat), Ice(ais), Compress(tuam), Elevate(mengangkat). Lakukan penuaman dingin dan mengangkat bagian tubuh akan mengurangkan aliran darah ke daerah tersebut. Hal ini mengurangkan jumlah pendarahan di kulit dan mengurangkan ukuran lebam tersebut.
Walaupun kita sering berhati-hati, kemalangan tetap akan berlaku di rumah, di padang, di gym, dan di tempat kerja. Namun, dengan Arnica di tangan dan tips dalam fikiran, anda boleh mempercepatkan penyembuhan dan mencegah kecacatan jangka panjang yang sering menyertai lebam dan trauma fizikal. Jadi pastikan anda mempunyai bekalan Arnica di almari dapur anda, laci meja, dompet dan beg sukan. Anda akan dapat mengalami kesan penyembuhan bermanfaat dari Arnica yang disediakan sejak pendaki gunung menjumpainya berkurun-kurun lalu.
Oleh: Dr Lauri Grossman
Lauri Grossman adalah chiropractor dan homeopati berlesen. Beliau adalah lulusan dari Universiti Cornell, New England School of homoeopathy dan Hahnemann College of homoeopathy yang berprestij di Berkeley, California.
Dikenali dan dihormati sebagai ahli dalam penjagaan integratif, Dr Grossman telah mengajar di Sloan-Kettering Memorial Hospital, Hospital untuk Pembedahan Khusus dan Columbia Presbyterian Hospital.
Punca Gambar
Penafian: Kami belum mempunyai bukti dokumentari untuk menunjukkan bahawa George W menggunakan * A Bruzzy untuk PENYEMBUHAN PANTAS dari LEBAM, TERKILIR dan KEJANG
No comments:
Post a Comment