Tuesday, August 31, 2010

Tips untuk Menguruskan Stres

10 Tips untuk Menguruskan Stres

1. Luangkanlah waktu untuk bersarapan. Mulailah hari dengan sarapan yang berpatutan, adalah lebih baik terdiri dari buah, yoghurt, roti gandum, kacang, bubur, dan madu. Ia akan mendorong sistem kekebalan tubuh dan bekalan gula semulajadi.


2. Beri perhatian pada tubuh anda dan isyarat-isyarat yang diberikan kepada anda. Perhatikan tanda-tanda amaran awal seperti selsema, sakit kepala & sakit belakang, keletihan melampau, kehilangan konsentrasi, tidur yang tidak lena dan perubahan suasana hati. Tubuh dan fikiran anda akan memberitahu anda supaya berehat untuk memudahkan kembali ke keadaan sediakala.

3. Ambil waktu rehat makan tengahari sewaktu kerja dan cuti hujung minggu yang panjang, untuk mengembalikan semula tenaga anda. Ambil cuti panjang yang cukup untuk memberikan perubahan yang santai, menyenangkan, merangsang atau memberi inspirasi. Tinggalkan laptop anda, Blackberry, PDA dan telefon bimbit di rumah. Anda tidak memerlukannya dan ia adalah amalan yang baik untuk mendidik orang lain untuk menguruskan kerja tanpa anda.

4. Cari cara untuk menutup hari anda dengan menukar keadaan mental anda dari tekanan dan perhatian pada kerja, kepada ketenangan rumah. Keluarga anda tidak menggemari anda membawa pulang pekerjaan dan masalah kerja anda, lebih-lebih lagi jika anda mengunci diri di dalam bilik setiap malam. Gunakan perjalanan anda untuk melakukan sesuatu yang membantu anda menghilangkan tekanan. Apabila anda tiba di rumah lakukan sesuatu yang bermakna dan fokuskan pada keluarga anda. Lakukan ritual penutupan untuk menunjukkan kepada anda dan orang lain yang anda berhenti dari memikirkan kerja.

5. Elakkan urusan yang belum selesai dan menunda hal-hal yang kita tidak mahu berurusan dengannya sering menjadi penyebab terbesar kemurungan. Khususnya di akhir waktu kerja, penting untuk lakukan penutupan pada tugas-tugas, menangani isu-isu yang belum diselesaikan dengan orang lain dan mengambil tindakan untuk bergerak maju dalam sesuatu projek.

6. Masa anda amat berharga! Jadi selektif dengan siapa anda menghabiskan waktu bersama. Memilih untuk bersama dengan orang-orang yang menarik, merangsang, positif dan optimis. Mereka akan mengembalikan tenaga anda bila rendah, mendorong anda selama masa-masa sulit dan memberikan jalan keluar yang tepat ketika terlalu banyak masalah melanda. Mereka juga akan sama-sama meraikan dan mempertahankan faktor perasaan-baik. Mereka akan menenangkan anda! Kurangkan masa dengan kenalan yang memiliki sifat negatif terhadap kehidupan dan mereka yang membuat anda merasa lemah.

7. Menciptakan persekitaran kerja dan rumah atau ruang
yang tenang, menenangkan, meremajakan, menggairahkan, merangsang dan terasa seperti sebuah tempat rehat atau sumber inspirasi.

8. Keluar dari rutin harian, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Mengemas barang yang berselerak, pakaian lama anda yang tidak dipakai dan buku / kertas yang tidak diperlukan lagi, akan menjadikan ruangan, cahaya dan rasa positif bergerak ke hadapan. Bersih, kemas dan kitar semula untuk memberikan "ruangan" baru untuk anda!

9. Minum air, jus segar, pelawas, teh herba dan buah sebagai alternatif kepada kopi, teh hitam, alkohol dan minuman ringan. Tenaga anda akan berterusan dan bukan bergantung pada pemulihan segera yang akhirnya meninggalkan anda dalam keadaan yang lebih letih daripada sebelumnya

10. Bersedialah untuk meminta bantuan & sokongan. Ini akan menjimatkan masa anda, mengelakkan masalah dari meningkat dan membolehkan orang lain turut terlibat dan dihargai. Jangan lupa untuk berterima kasih kepada orang lain dan menghargai usaha mereka secara berpatutan. Mereka dengan senang hati akan menyokong anda apabila anda memerlukannya.

Sumber: ManagingPressure.Com
Gambar

No comments:

Post a Comment