Satu kajian terbaru oleh penyelidik di NYU Langone Medical Center telah menunjukkan bahawa, untuk pertama kalinya, isyarat Wnt (Wnt signaling), diketahui mengawal banyak proses biologi, antaranya folikel rambut dan sel stem melanosit boleh menentukan pigmentasi rambut.
Kajian ini telah disiarkan dalam jurnal Cell keluaran 11 Jun 2011.
Penyelidikan diketuai oleh Mayumi Ito, PhD, penolong profesor dalam Ronald O. Pereleman Jabatan Dermatologi di NYU Langone. "Kami telah mengetahui selama beberapa dekad yang rambut sel stem folikel dan sel melanosit yang menghasilkan pigmen bekerjasama untuk menghasilkan warna rambut, tetapi penyebabnya tidak diketahui," kata Dr Ito. "Kami menemui isyarat Wnt adalah penting untuk tindakan penyelarasan kedua-dua sel stem keturunan dan kritikal untuk pigmentasi rambut." Kajian ini menunjukkan manipulasi isyarat Wnt mungkin satu strategi baru untuk mensasarkan pigmentasi seperti pada rambut beruban. Kajian penyelidikan juga menunjukkan contoh kepada pertumbuhan semula tisu.
"Tubuh manusia mempunyai banyak jenis sel stem yang berpotensi untuk menjana semula organ-organ lain," kata Dr Ito. "Kaedah disebalik komunikasi antara sel-sel stem rambut dan warna rambut semasa penggantian mungkin memberikan kita petunjuk penting untuk menjana semula organ-organ yang kompleks yang mengandungi pelbagai jenis sel."
Menggunakan model tikus genetik, penyelidik dapat mengkaji bagaimana laluan isyarat Wnt membolehkan kedua-dua sel stem folikel rambut dan sel stem melanosit untuk bekerjasama bagi menjana pertumbuhan rambut dan menghasilkan warna rambut. Penyelidikan juga menunjukkan kekurangan (atau perencatan atau ketidaknormalan) isyarat Wnt dalam sel stem folikel rambut bukan sahaja menghalang pertumbuhan semula rambut tetapi juga menghalang pengaktifan sel stem melanosit yang diperlukan untuk menghasilkan warna rambut. Kekurangan pengaktifan Wnt dalam sel stem melanosit membawa kepada depigmentasi atau rambut beruban.
Kajian ini meningkatkan kemungkinan bahawa isyarat Wnt adalah laluan utama bagi pengaturan sel stem melanosit dan menunjukkan bagaimana kelakuan melanosit dikaitkan dengan pertumbuhan semula rambut. Pandangan ini memberi pemahaman lebih lanjut tentang penyakit di mana melanosit sama ada terus hilang seperti pada uban rambut atau menjalani pertumbuhan sel yang tidak terkawal seperti pada melanoma.
Sumber:
Piul Rabbani, Makoto Takeo, WeiChin Chou, Peggy Myung, Marcus Bosenberg, Lynda Chin, M. Mark Taketo, Mayumi Ito. Coordinated Activation of Wnt in Epithelial and Melanocyte Stem Cells Initiates Pigmented Hair Regeneration. Cell, 2011; 145 (6): 941-955.
SILA TEKAN untuk Video dan Terjemahan Bahasa Inggeris
SILA TEKAN untuk produk menghitamkan rambut
No comments:
Post a Comment