Saturday, July 16, 2011

Mencuba untuk hamil?

Kredit gambar: www.myhealthguardian.com

Kebersihan oral membantu wanita hamil dua bulan lebih cepat

Dalam satu kajian terbaru yang dibentangkan di Mesyuarat Tahunan ke 27 Persatuan Pembiakan Manusia dan Embriologi Eropah yang diadakan baru-baru ini di Stockholm, pakar kesuburan mendapati bahawa penyakit gusi boleh melambatkan peluang untuk hamil.

Pakar-pakar di Universiti Western Australia di Perth membuat kajiselidik hampir 4,000 wanita yang mengandung 12 minggu. Sebanyak 26 peratus telah disahkan mempunyai penyakit gusi.

Mereka mendapati kelewatan mengandung di kalangan yang berumur 35 tahun dan lebih adalah perokok dan wanita obes - faktor-faktor risiko yang sudah diketahui. Tetapi ada satu tahap yang lebih tinggi pada penyakit gusi - satu nisbah tiga - di kalangan wanita yang mengambil masa lebih setahun untuk hamil.

Penyakit gusi disebabkan oleh pembentukan plak sehingga menyebabkan nafas berbau, gusi berdarah dan boleh menyebabkan kaviti, gusi menyusut dan kehilangan gigi jika tidak dirawat. Gusi berdarah boleh menyebabkan sehingga 700 jenis bakteria memasuki aliran darah.

Ia tidak jelas bagaimana penyakit gusi boleh mencetuskan masalah berkaitan mengandung, tetapi gusi yang dijangkiti boleh melepaskan bahan kimia keradangan, yang mengaktifkan sistem imun dan membengkakkan lapisan rahim. Ini boleh menyebabkan telur yang disenyawakan menjadi sukar untuk diimplantasi.

"Wanita digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan apa-apa rawatan penyakit gusi sebelum mencuba untuk hamil," kata ketua penyelidik, Profesor Roger Hart. "Ia mudah dirawat, biasanya melibatkan tidak lebih daripada empat lawatan pergigian." Beliau menambah bahawa lebih daripada satu perempat wanita hamil mempunyai penyakit gusi dan ada juga bukti yang menghubungkannya dengan keguguran, mati sewaktu lahir dan kelahiran pramatang.

Profesor Hart menambah bahawa terdapat juga bukti penyakit gusi di kalangan lelaki yang menjejaskan kualiti sperma mereka dan dia akan mengesyorkan mana-mana pasangan yang mahu memulakan sebuah keluarga untuk berjumpa dengan doktor gigi terlebih dahulu.

Source: News release, Mesyuarat Tahunan ke-27 Persatuan Pembiakan Manusia dan Embriologi Eropah


Lihat keluaran yang berkaitan dengan gusi dari Zestzfulness:

Zestzfulness: Periodontitis - Do You Know It If You Have It? Periodontitis or gum disease is caused by plaque accumulation on the teeth and around the gums. This plaque build-up will eventually harden, in as little as two to three days time, and remain on the teeth and around ...

Zestzfulness: Dental Health and Sensitive Teeth Sensitive teeth occur when the underlying layer of your teeth -- the dentin -- becomes exposed as a result of receding gum tissue (the protective blanket that covers the tooth roots). The roots, which are not covered by ...

Zestzfulness: Periodontal Disease and Prostatitis Periodontitis or gum disease is caused by plaque accumulation on the teeth and around the gums. This plaque build-up will eventually harden, in as little as two to three days time, and remain on the teeth and around ...

Zestzfulness: Brushing Teeth Less Than Twice a Day Nearly Triples ... In the last twenty years there has been increased interest in links between heart problems and gum disease. While it has been established that inflammation in the body (including mouth and gums) plays an important role ...

No comments:

Post a Comment