Saturday, August 13, 2011

Merokok Diawal Pagi Meningkatkan Risiko Kanser Paru-Paru dan Kanser Kepala dan Leher


Picture credit: http://www.thehindu.com


Dua kajian terbaru mendapati bahawa perokok yang cenderung untuk mengambil rokok pertama mereka sejurus selepas mereka bangun pada waktu pagi mungkin mempunyai risiko kanser paru-paru dan kanser kepala dan leher yang lebih tinggi daripada perokok yang menahan diri daripada menyalakannya lebih awal. Diterbitkan awal dalam talian CANCER, ulasan jurnal Persatuan Kanser Amerika, keputusan tersebut boleh membantu mengenal pasti perokok yang mempunyai risiko yang sangat tinggi mendapat kanser dan akan memperoleh manfaat daripada campur tangan perokok sasaran untuk mengurangkan risiko mereka.

Menghisap rokok meningkatkan kemungkinan seseorang mendapat pelbagai jenis kanser. Tetapi mengapa hanya sesetengah perokok mendapat kanser? Joshua Muscat, PhD, Kolej Perubatan Penn State di Hershey, dan rakan-rakannya menyiasat sama ada kebergantungan nikotin seperti yang dicirikan oleh masa kepada rokok yang pertama selepas bangun memberi kesan risiko merokok kepada kanser paru-paru dan kanser kepala dan leher yang bebas daripada kekerapan dan tempoh merokok
.

Analisis kanser kepala dan leher merangkumi 1,055 kes-kes kanser kepala dan leher dan 795 kawalan, semuanya mempunyai sejarah merokok. Berbanding dengan individu-individu yang merokok lebih daripada 60 minit selepas bangun, individu yang menghisap rokok 31 hingga 60 minit selepas bangun tidur 1.42 kali lebih berkemungkinan untuk membentuk kanser kepala dan leher, dan mereka yang menghisap rokok dalam tempoh 30 minit 1.59 kali berkemungkinan untuk mendapat kanser kepala dan leher.

Penemuan ini menunjukkan bahawa keperluan untuk merokok sejurus selepas bangun dari tidur pada waktu pagi boleh meningkatkan kemungkinan perokok mendapat kanser. "Perokok ini mempunyai tahap nikotin yang lebih tinggi dan juga kemungkinan toksin tembakau lain di dalam badan mereka, dan mereka mungkin lebih ketagih berbanding perokok yang menahan diri daripada merokok selama satu jam setengah atau lebih," kata Dr Muscat. "Ia mungkin gabungan faktor-faktor genetik dan peribadi yang menyebabkan ketergantungan yang tinggi kepada nikotin."

Menurut penulis, oleh kerana perokok yang menyalakan rokok pertama pada waktu pagi adalah satu kumpulan yang berisiko tinggi mendapat kanser, mereka seharusnya mendapat manfaat daripada program pemberhentian merokok yang disasarkan. Campur tangan seperti itu boleh membantu mengurangkan kesan-kesan negatif tembakau terhadap kesihatan serta kos yang berkaitan dengan penggunaannya.

Sumber: Press release 08 Ogos 2011

CANCER adalah sebuah penerbitan Persatuan Kanser Amerika yang mengintegrasikan maklumat saintifik daripada sumber-sumber di seluruh dunia untuk semua kepakaran onkologik. Objektif CANCER adalah untuk menyediakan satu forum antara disiplin untuk pertukaran maklumat dikalangan disiplin onkologik berkenaan dengan etiologi dan kursus kanser manusia. CANCER diterbitkan oleh Wiley-Blackwell dan boleh diakses secara online di





No comments:

Post a Comment