Tuesday, August 2, 2011

Remaja Berfikir Lebih Baik Dengan Folat




Pengambilan folat yang tinggi telah dikaitkan untuk pertama kalinya dengan prestasi akademik yang lebih baik di kalangan remaja, tidak bergantung kepada status sosioekonomi dan paras homosistin.

Wanita mengandung bukanlah satu-satunya individu yang memerlukan folat yang banyak.

Remaja Sweden yang kekurangan folat mempunyai gred yang lebih rendah daripada remaja yang mengambil folat yang tinggi.

Remaja selalunya mempunyai paras protein darah homosistin yang tinggi, asid amino yang dikaitkan dengan penyakit jantung, dan paras asid folik yang rendah. Dalam kajian sebelumnya, status paras asid folik yang rendah dan paras homosistin yang tinggi berhubung kait dengan penurunan kognitif, tetapi pencapaian akademik kanak-kanak remaja tidak dikaji dalam hal ini.

Antara 386 kanak-kanak Sweden berusia 15 tahun didapati, lebih rendah kepekatan vitamin B di dalam darah, pencapaian remaja di sekolah cenderung lebih buruk.

Para penyelidik di universiti-universiti di Sweden, yang diketuai oleh Dr. Torbjorn K. Nilsson, menghubungkaitkan gred pelajar dalam 10 mata pelajaran dengan pelbagai faktor-faktor pemakanan dan gaya hidup dan mengambil kira apa-apa kesan yang mungkin dari status sosio-ekonomi dan genetik.

Data menunjukkan, golongan dari berpendapatan rendah adalah yang berkaitan dengan pencapaian akademik yang lebih rendah.

Tetapi gred bagi remaja yang 'scor' di tempat ketiga terendah untuk paras folat mendapat 'scor' lebih buruk daripada kanak-kanak yang mengambil lebih folat, dan kumpulan ini terbukti tidak bergantung kepada pendapatan keluarga.

Remaja Sweden yang kekurangan folat mempunyai gred yang lebih rendah daripada remaja yang mengambil folat yang tinggi.

Penyelidik di Sweden telah mengambil sampel darah daripada 386 remaja yang berumur 15 tahun dan memberikan mereka soal selidik bagi membolehkan penilaian aktiviti gaya hidup yang berkaitan dengan kesihatan dan tahap pendidikan ibu bapa mereka.

Pengambilan folat remaja dianggarkan dari penilaian pemakanan, dan gred akademik semester akhir mereka diukur dari tahun akhir persekolahan wajib mereka.

"Kami menemui bukti bahawa pengambilan folat yang tinggi secara positif dikaitkan dengan pencapaian akademik sebagaimana yang dinilai oleh gred sekolah di kalangan remaja Sweden," kata penulis.

Kumpulan ini lebih ketara dalam keluarga yang berpendapatan rendah.

"Keputusan ini memberi maklumat baru yang merujuk kepada kepentingan memperhatikan dengan lebih dekat mengenai status folat pada kanak-kanak dan remaja," kata penulis.

Pengambilan folat di kalangan remaja menjadi kebimbangan kesihatan nutrisi awam, kata mereka.

Sweden tidak mempunyai fortifikasi folat pada produk makanan.

Sumber


Nilsson TK, Yngve A, Böttiger AK, Hurtig-Wennlöf A, Sjöström M. High Folate Intake Is Related to Better Academic Achievement in Swedish Adolescents. Pediatrics. 2011 Jul 11.

Homosistin adalah asid amino yang terbentuk daripada metabolisma asid amino, methionine. Penggunaan diet methionine yang tinggi, yang didapati di dalam daging dan produk tenusu, boleh mengakibatkan pengeluaran berlebihan homosistin. Kegagalan untuk memetabolisma homosistin dengan asid folik, vitamin B-6 dan vitamin B-12 membawa kepada paras plasma darah yang tidak sihat.

Paras homosistin dalam plasma darah yang tinggi telah dikaitkan dengan keadaan penyakit yang serius. Penyakit jantung, kehilangan pendengaran, penyakit Alzheimer dan kanser tertentu dan semua telah menunjukkan kesan terjejas teruk, jika tidak disebabkan oleh paras homosistin yang tinggi.


Fortifikasi Folat pada Produk Makanan

Dalam senario tempatan, cadangan telah dibuat pada bulan Julai 2007 untuk fortifikasi asid folik mandatori dalam tepung gandum, pada kadar 150 μg / 100g tepung untuk mencegah kecacatan tiub neural, salah satu daripada kecacatan kelahiran yang paling biasa.

Kelihatan bahawa perbincangan lanjut diperlukan antara kementerian kerajaan yang berkenaan mengikut dasar, dan bagaimana fortifikasi akan dibiayai, sebelum cadangan itu dapat dimuktamadkan dan dikemukakan kepada Kabinet.

Walaupun roti, bijirin dan produk bijirin lain diperkayakan dengan asid folik, tidak ada jaminan bahawa kita boleh mencapai keperluan harian asid folik. Pada tahun 2003 Kajiselidik Nutrisi Dewasa Malaysia menganggarkan bahawa hanya 36.2% orang dewasa makan makanan berasaskan gandum, ia tidak diketahui jika ini juga mencerminkan pengambilan makanan berasaskan gandum pada remaja.

Asid folik boleh didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, kacang dan kekacang. Termasuk makanan semula jadi dalam diet harian anda. Pil asid folik atau tablet multivitamin boleh digunakan sebagai makanan tambahan.

Sumber


Developing the Proposal for Mandatory Fortification of Iron & Folic Acid in Wheat Flour: The Malaysian Experience - February 2009 by Zalma Abdul Razak, Nutrition Division, Public Health Department, Ministry of Health Malaysia.
CLICK HERE for Zalma's slide presentation.


No comments:

Post a Comment