Saturday, August 27, 2011

Omega-3 Mengurangkan Kemurungan dan Keradangan Pada Pelajar Yang Sihat

Picture credit: www.independent.co.uk

Satu kajian terbaru mengukur kesan pengambilan minyak ikan dalam jumlah yang banyak menunjukkan pengurangan yang nyata bagi kedua-duanya sekali iaitu dalam keradangan, dan menakjubkan, dalam kemurungan di kalangan kohort orang muda sihat.

Hasil kajian menunjukkan bahawa jika peserta muda boleh mendapat peningkatan daripada suplemen pemakanan yang tertentu, maka warga emas dan yang berisiko tinggi untuk penyakit tertentu mungkin memberi manfaat yang lebih banyak lagi.

Penemuan oleh pasukan penyelidik di Universiti Ohio disiarkan dalam jurnal
Brain, Behavior and Immunity. Ia adalah yang terkini daripada lebih dari tiga dekad penyelidikan ke atas hubungan antara tekanan psikologi dan imuniti.

Omega-3 asid lemak poli tak tepu, seperti asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), telah lama dianggap sebagai makanan tambahan positif kepada diet. Penyelidikan lebih awal mencadangkan bahawa sebatian itu mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan tahap cytokines dalam badan, sebatian yang menggalakkan keradangan, dan mungkin juga mengurangkan kemurungan.

Tekanan psikologi telah berulang kali menunjukkan peningkatan pengeluaran cytokine, jadi penyelidik tertanya-tanya adakah dengan meningkatkan omega-3 mungkin meringankan proses itu, mengurangkan keradangan.

Untuk menguji teori mereka, mereka telah merujuk kepada kumpulan yang biasa dengan subjek penyelidikan - pelajar-pelajar perubatan. Beberapa kerja terawal ahli sains ini menunjukkan bahawa tekanan daripada ujian sekolah perubatan yang penting merendahkan status imun pelajar.

"Kami berhipotesis bahawa memberi beberapa pelajar suplemen omega-3 akan mengurangkan pengeluaran pra-radang cytokines, berbanding dengan pelajar-pelajar lain yang hanya menerima placebo," jelas Janice Kiecolt-Glaser, profesor psikologi dan psikiatri.

"Kami fikir omega-3 akan mengurangkan tekanan akibat kenaikan dalam cytokines yang biasanya timbul daripada rasa cemas yang lebih terhadap ujian."

Pasukan itu melibatkan seramai 68 orang pelajar perubatan tahun pertama dan kedua yang menawarkan diri untuk percubaan klinikal. Pelajar secara rawak dibahagikan kepada enam kumpulan, yang telah ditemuramah enam kali sepanjang kajian. Pada setiap lawatan, sampel darah yang diambil daripada pelajar-pelajar yang juga menamatkan kaji selidik psikologi yang bertujuan untuk mengukur tahap tekanan, kerisauan atau kemurungan. Para pelajar juga mengisi borang kaji selidik mengenai diet mereka pada minggu sebelumnya.

Sebahagian pelajar menerima suplemen omega-3 manakala sebahagian lagi diberikan pil plasebo.

"Makanan tambahan ini mungkin kira-kira empat atau lima kali ganda jumlah minyak ikan yang anda perolehi dari hidangan harian seperti salmon," jelas Martha Belury, profesor nutrisi manusia dan pengarang bersama kajian.

Sebahagian daripada kajian itu, bagaimanapun, tidak mengikut perancangan.

Perubahan dalam kurikulum perubatan dan pengagihan ujian utama sepanjang tahun, berbanding dalam tempoh tiga hari yang tegang sebagaimana yang telah dilakukan pada masa lalu, menghilangkan banyak tekanan yang pelajar-pelajar perubatan tunjukkan dalam kajian yang lalu.

"Pelajar-pelajar ini tidak gelisah. Mereka tidak benar-benar tertekan. Mereka sebenarnya tidur dengan selesa sepanjang tempoh ini, jadi kami tidak dapat mengesan tekanan yang kami jangkakan," kata Kiecolt-Glaser.

Tetapi kaji selidik psikologi dengan jelas menunjukkan perubahan penting dalam kemurungan di kalangan pelajar: Mereka yang menerima suplemen omega-3 menunjukkan pengurangan sebanyak 20 peratus dalam kemurungan berbanding dengan kumpulan plasebo.

Satu analisis sampel darah daripada pelajar-pelajar perubatan menunjukkan keputusan penting yang sama.

"Kami telah mengambil ukuran cytokines dalam serum darah, serta mengukur produktiviti sel yang menghasilkan dua cytokines penting, interleukin-6 (IL-6) dan faktor tumor necrosis alfa (TNFa)," kata Ron Glaser, profesor virologi molekular, imunologi & perubatan genetik dan pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Tingkahlaku.

"Kami melihat pengurangan 14 peratus dalam jumlah IL-6 di kalangan pelajar-pelajar yang menerima omega-3." Oleh kerana cytokines menggalakkan keradangan, "apa-apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan cytokines adalah perkara tambahan yang besar dalam berurusan dengan kesihatan umum bagi mereka yang berisiko untuk mendapat banyak penyakit," katanya.

Walaupun keradangan adalah tindak balas imun semula jadi yang membantu tubuh sembuh, ia juga boleh membahayakan dalam pelbagai penyakit yang bermula dari artritis hingga penyakit jantung dan kanser.

Walaupun kajian menunjukkan kesan positif suplemen omega-3 dalam peranannya mengurangkan kemurungan dan keradangan, penyelidik tidak bersedia untuk mengesyorkan kepada umum tentang pengambilannya dalam diet harian.

"Ia mungkin terlalu awal untuk mengesyorkan penggunaan meluas suplemen omega-3 kepada umum, terutamanya mempertimbangkan kos dan bekalan ikan yang diperlukan untuk bekalan minyak yang terhad," kata Belury. "Orang ramai hanya perlu mengambil kira peningkatan pengambilan omega-3 melalui diet mereka."

Beberapa penyelidik, bagaimanapun, mengakui bahawa mereka mengambil suplemen omega-3.

Sumber berita : Ohio State University news release, 13-Jul-2011


No comments:

Post a Comment