Saturday, September 8, 2012

Kencing Manis Kerap Menjadi Punca Masalah Kaki

Credit: www.hypertextbookshop.com
Jika anda mempunyai kencing manis, tahap gula dalam darah anda adalah terlalu tinggi. Lama kelamaan, ia boleh merosakkan saraf dan saluran darah.
 

Kerosakan saraf dari kencing manis boleh menyebabkan anda kehilangan deria rasa di kaki dan tapak kaki anda. Anda mungkin tidak terasa luka, melepuh atau melecet. Kekurangan deria rasa ini disebabkan oleh kerosakan saraf, juga dikenali sebagai diabetic neuropathy. Kecederaan kaki seperti ini boleh menyebabkan ulser dan jangkitan. Kes yang serius juga boleh membawa kepada pemotongan kaki.
 

Aliran darah yang lemah. Kerosakan pada saluran darah juga boleh menyebabkan kaki dan tapak kaki anda tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi. Aliran darah yang lemah menjadikan luka atau jangkitan sukar untuk sembuh. Masalah ini dipanggil peripheral vascular disease, juga dipanggil PVD. Mereka yang merokok dan mempunyai diabetes menjadikan masalah aliran darah lebih buruk.
 

Institut Kebangsaan Diabetes dan Pencernaan dan Penyakit Buah Pinggang Amerika (NIDDK) mencadangkan apa yang boleh anda lakukan untuk menjaga kaki anda:
 
Basuh kaki anda dalam air suam setiap hari. Pastikan air tidak terlalu panas dengan menguji suhu menggunakan siku anda. Jangan rendam kaki anda. Keringkan kaki anda dengan baik, terutamanya di celah-celah jari kaki anda. 

Lihatlah kaki anda setiap hari untuk memeriksa luka, kudis, lepuh, kemerahan, kalus, atau masalah-masalah lain. Pemeriksaan setiap hari adalah amat penting jika anda mempunyai kerosakan saraf atau aliran darah yang lemah. Jika anda tidak boleh membongkok atau menarik kaki anda untuk diperiksa, gunakanlah cermin. Jika anda tidak boleh melihat dengan baik, minta orang lain untuk memeriksa kaki anda.
 

Jika kulit anda kering, sapukan losyen pada kaki anda selepas anda mencuci dan mengeringkannya. Jangan meletakkan losyen antara jari kaki anda. 

Kikir kulit kematu dan kalus perlahan-lahan dengan papan emeri atau batu pumis. Lakukannya selepas mandi. 

Potong kuku kaki anda seminggu sekali atau apabila diperlukan. Potong kuku kaki apabila ia telah lembut setelah dibasuh. Potong kepada bentuk kaki dan tidak terlalu pendek. Kikir tepinya dengan papan emeri. 

Sentiasa memakai selipar atau kasut untuk melindungi kaki anda dari kecederaan.

Sentiasa memakai sarung kaki atau stokin untuk mengelakkan melepuh.
Jangan memakai sarung kaki atau stokin panjang yang terlalu ketat di bawah lutut anda.
 

Pakai kasut yang sesuai. Beli kasut di akhir hari (waktu petang) apabila kaki anda lebih besar. Pakai kasut perlahan-lahan. Pakai 1 hingga 2 jam setiap hari untuk beberapa minggu pertama. 

Sebelum memakai kasut, periksa dalam kasut untuk memastikan tiada bucu yang tajam atau objek yang mungkin boleh mencederakan kaki anda.

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.


Artikel ini diterjemahkan dari bahasa Inggeris oleh Ahli Farmasi Mahfuza Turman

No comments:

Post a Comment