Saturday, March 24, 2012

Pengambilan Secara Berlebihan Lemak Trans Berkaitan Dengan Tindakan Agresif

Picture credit: http://forladiesbyladies.com


Mungkinkah “Twinkie defense mempunyai asas saintifik berkaitan semua ini?

Penyelidik di Sekolah Perubatan San Diego, Universiti California telah menunjukkan bagi setiap pelbagai langkah dan tindakan, baik lelaki dan wanita dalam semua peringkat umur, orang kulit putih dan kaum minoriti - bahawa pengambilan diet asid lemak trans (dTFAs) dikaitkan dengan keadaan cepat marah dan agresif.

Kajian hampir 1,000 lelaki dan wanita menyediakan bukti pertama menghubungkan dTFAs dengan kelakuan buruk yang memberi kesan kepada orang lain, bermula dari tidak sabar kepada bertindak agresif secara terang-terangan. Penyelidikan, yang diketuai oleh Beatrice Golomb, MD, PhD, profesor bersekutu di Jabatan Perubatan San Diego UC, telah diterbitkan dalam talian oleh
PLoS ONE.

Diet asid lemak trans terutamanya produk penghidrogenan, menjadikan minyak tak tepu pepejal pada suhu bilik. Mereka berada pada paras yang tinggi dalam marjerin, lelemak dan makanan yang diproses. Kesan buruk terhadap kesihatan dari dTFAs telah dikenal pasti pada paras lipid, fungsi metabolik, rintangan insulin, pengoksidaan, keradangan, dan kesihatan jantung.

Pasukan perubatan San Diego UC menggunakan maklumat asas pemakanan dan penilaian tingkah laku daripada 945 lelaki dan wanita dewasa untuk menganalisis hubungan antara dTFAs dan tindakan agresif atau perasaan cepat marah. Kaji selidik itu mengukur faktor-faktor seperti sejarah kehidupan yang agresif, taktik konflik dan kadar ketidak-sabaran dan kemarahan, serta skala “agresif secara terang-terangan" yang mengukur tingkah laku agresif yang terkini. Analisis telah diselaraskan bagi jantina, umur, pendidikan, dan penggunaan alkohol atau produk tembakau.

"Kami mendapati bahawa semakin tinggi asid lemak trans secara ketara dikaitkan dengan tingginya tahap agresif, dan lebih konsisten meramal agresif dan cepat marah, mengikut langkah-langkah yang telah diuji, berbanding peramal agresif lain yang diketahui yang telah dinilai," kata Golomb. "Jika gabungan antara lemak trans dan kelakuan agresif terbukti menjadi sebab akibat, ini menambahkan rasional selanjutnya kepada cadangan untuk mengelakkan makanan lemak trans, atau memasukkannya ke dalam makanan yang disediakan di institusi seperti sekolah dan penjara, kerana kesan memudaratkan lemak trans boleh melampaui orang yang menggunakannya untuk mempengaruhi orang lain. "

Kisah di atas adalah berdasarkan pada berita keluaran 13 Mac, 2012 oleh Universiti California, San Diego.

Golomb BA, Evans MA, White HL, Dimsdale JE. Trans fat consumption and aggression. PLoS One. 2012;7(3):e32175. Epub 2012 Mar 5. Open Access Free Download: PDF |

Maklumat lanjut:

Persatuan Jantung Amerika Syarikat mempunyai maklumat lanjut mengenai
trans fats.


No comments:

Post a Comment