Thursday, March 18, 2010

KEBAIKAN BIJIRIN OAT

Beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa disebabkan kelarutan fibernya yang tinggi maka pengambilan oatmeal sehari boleh membantu menurunkan kolesterol darah dan menurunkan risiko penyakit jantung.

Kajian yang diketuai oleh pakar nutrisi Mohsen Meydani dari Universiti Tufts di Boston juga menunjukkan bahawa avenanthramida iaitu molekul antioksidan dalam oat, menghalang kemampuan kolesterol untuk melekat pada dinding arteri, sehingga mencegah pembentukan plak yang menyempitkan laluan di mana darah mengalir dan membahayakan kesihatan jantung.

Meydani dan rakan-rakan kini menyediakan indikasi tambahan terhadap faedah potensi kesihatan pada pengambilan oat dalam mencegah penyakit jantung koronari disamping efek yang telah diketahui menurunkan kolesterol darah.

Keradangan kronik di dalam dinding arteri adalah sebahagian dari proses yang akhirnya menjurus kepada gangguan yang dipanggil artherosklerosis. Artherosklerosis adalah keadaan di mana bahan berlemak terkumpul disepanjang dinding arteri. Bahan berlemak ini akan menebal, mengeras (membentuk pengumpulan kalsium) dan akhirnya boleh menyekat arteri.

Penemuan mereka mencadangkan bahawa avenanthramida pada oat menurunkan ekspresi proinflamatori sitokin. Sitokin adalah protien kecil yang dilepaskan oleh sel semasa proses melindung dan membaiki tisu. Sesetengahnya mencetuskan keradangan, contohnya semasa tindakbalas terhadap infeksi.

Mencegah keradangan melalui diet, ubat atau nutrien memberi faedah yang baik dalam mencegah arterosklerosis.

Kajian ini membantu meningkatkan reputasi oat sebagai makanan sihat untuk jantung.

Butir-butir kajian boleh di temui di dalam Free Radical Biology & Medicine keluaran Februari 2010.

9 comments:

  1. pas ni mkn oat bebyk...

    ReplyDelete
  2. sgat suka mkan out y di cmpur sup syur syuran... x muak mcm klu mkan dgn buah...

    ReplyDelete
  3. erm..dulu i tak suka makn oat..hari2 for b'fast i take nasi lemak kenyang sampai lunch..but now..i da ganti oat for b'fast....kenyangpun smpi tghari...tapi lagi bagus tuk kesihatan:)

    ReplyDelete
  4. sy sdg cuba utk mengamalkan mkn oat..mula2 mmg agak susah nk constant mkn..sbb rase oat ni x bp sdap n rase susahnye nk telan..tp skang Alhamdulillah,da bole mkn dgn mudah..n mmg mengenyangkan smpai ke mlm..semestinye mknn yg sihat n ssuai utk diet...oat mmg bagus! =)

    ReplyDelete
  5. kalo nak menyedapkan lagi rasa oat tu leh dicampurkan ngan sedikit madu,kismis,anggur dan lain lain buah.

    ReplyDelete
  6. letak gula boleh x???

    ReplyDelete
  7. Terima kasih di atas komen-komen di atas.

    Oat sememangnya baik untuk kita terutamanya untuk kesihatan jantung. Anda boleh mengambil oat sekerap mana yang anda mahu kerana ia tidak memudaratkan anda. Sebaliknya dalam kuantiti yang sedikit pun ia sudah mengenyangkan.

    Seperti yang anda semua sebutkan, pengambilan oat boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Di sini saya ingin menambah sedikit tips dalam masakan : mungkin anda boleh mencuba menggunakan oat sebagai salutan pada ikan atau ayam goreng. Anda juga boleh menambah oat dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari anda lebih pekat dan pastinya lebih lazat! Ermmm... :)

    Ingin menambah gula?? Ops! Nanti dulu! Jika anda mempunyai penyakit kencing manis atau yang berisiko tinggi, pastinya gula akan meningkatkan lagi paras glukosa dalam darah anda. Jadi perlu berhati-hati...

    ReplyDelete
  8. BLH TAK OAT MINUM DENGAN MILO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh! Anda boleh campur Oat Glucan dalam mana minuman kegemaran anda.
      Oat Glucan bakal menambah tekstur jus buah-buahan dan juga membuat smoothie lebih licin.

      Delete