Kajian sebelum ini melaporkan bahawa peningkatan pantas dalam kadar terjadinya kanser kolorektal dalam negara peralihan ekonomi di seluruh bahagian dunia, kemungkinannya menunjukkan perubahan dalam bentuk diet dan aktiviti fizikal.
Trend peningkatan dalam kadar kejadian dan kematian akibat kanser kolorektal adalah lebih menonjol dari golongan berada daripada golongan miskin dan sangat berbeza antara kumpulan etnik. Walaupun perubahan dalam kebiasaan pemakanan dan gaya hidup dipercayai menjadi alasan menyokong peningkatan, interaksi antara faktor tersebut dan ciri-ciri genetik populasi Asian mungkin juga mempunyai peranan dasar.
Di Malaysia, ia muncul sebagai penyebab ketiga kanser yang biasa terjadi pada lelaki dan wanita. Jumlah piawai kadar kejadian adalah anggaran 10.4 per 100,000 populasi ( laporan kedua dari Daftar Kanser Kebangsaan 2003).Variasi etnik juga dilihat dimana penyakit ini kebanyakkannya dari kaum Cina.
Purata populasi risiko terjadinya pembentukan kanser kolorektal di Singapura adalah antara tertinggi di dunia. Jumlah kadar kepiawaian untuk lelaki bagi tempoh 2002-2006 adalah 40.2 per 100,000 setahun dan untuk wanita adalah 28.8 per 100,000 setahun.
Faktor persekitaran dan genetik memainkan peranan yang berbeza dalam etiologi kanser kolorektal. Jira-kira 80% kanser kolorektal meningkat secara rawak tanpa tanda dari pengaruh genetik. Dalam kes yang tinggal, faktor genetik memainkan peranan penting.
Pembentukkan kanser kolorektal secara turun temurun adalah berlainan dengan kehadiran atau ketiadaan poliposis.
Kanser kolon boleh dicegah. Untuk melindungi diri anda dan orang tersayang dari penyakit ini, ikuti 10 tip pencegahan kanser kolon berikut:
- Pergi berjumpa doktor jika anda mempunyai sebarang simptom kanser kolon.
- Jika anda berumur 50 atau lebih, aturkan jadual pemeriksaan kanser kolon.
- Makan diet seimbang.
- Kekalkan berat ideal.
- Kekalkan gaya hidup aktif.
- Ambil kira terhadap kaunseling genetik.
- Pelajari sejarah perubatan keluarga anda.
- Bincang dengan doktor anda tentang sejarah perubatan anda.
- Jangan merokok.
- Kurangkan pendedahan terhadap radiasi.
Persatuan Gastrologi dan Hepatologi Malaysia : http://www.msgh.org.my/
No comments:
Post a Comment