Menurut kajian terkini, diet tinggi omega-3 melindungi hati dari kerosakan yang disebabkan oleh kegemukan dan mengakibatkan resisten insulin.
Ana Gonzalez Periz dan rakan sekerja menemui dua jenis lipid dalam asid lemak omega-3 – protektin dan resolvin – yang boleh menurunkan kemungkinan komplikasi hati, seperti hepatik steatosis dan resisten insulin, pada orang gemuk.
Untuk mencapai kesimpulan ini, mereka mengkaji empat kumpulan tikus yang diubahsuai genetiknya menjadi gemuk dan diabetik. Satu kumpulan diberi diet yang diperkaya dengan omega-3 dan kumpulan kedua diberi diet kawalan. Kumpulan ketiga diberi asid dokosahexaenoik dan yang keempat menerima hanya lipid resolvin. Selepas lima minggu, sampel serum darah dan hati dari tikus yang diuji diperiksa. Tikus yang diberi diet omega-3 menunjukkan kurang keradangan hati dan toleransi insulin meningkat. Ini disebabkan pembentukan protektin dan resolvin dari asid lemak omega-3.
Makanlah lebih banyak ikan, atau suplemen enkapsul minyak ikan omega-3, jika anda ingin membeli anda masih perlu bersenam dan makan secara teratur untuk membentuk berat badan pada tahap yang sihat.
Jurnal rujukan:
Ana González-Périz, Raquel Horrillo, Natàlia Ferré, Karsten Gronert, Baiyan Dong, Eva Morán-Salvador, Esther Titos, Marcos Martínez-Clemente, Marta López-Parra, Vicente Arroyo, and Joan Clària. Obesity-induced insulin resistance and hepatic steatosis are alleviated by -3 fatty acids: a role for resolvins and protectins. Federation of the American Societies for Experimental Biology Journal, February 23, 2009 as doi: 10.1096/fj.08-125674
No comments:
Post a Comment