Thursday, May 27, 2010

Kaitan Viagra Dengan Kehilangan Pendengaran

Viagra, dan mungkin ubat mati pucuk yang lain, dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran kepada penggunanya.

Menurut kajian terbaru, sumber penemuan ini adalah berdasarkan data kajiselidik lebih dari 11500 lelaki berusia melebihi 40 tahun yang dikumpul oleh 'Agency for Healthcare Research and Quality' antara 2003 dan 2006.

Gerald McGwin, seorang profesor epidemiologi dan kumpulannya dari Universiti Alabama menemui bahawa lelaki yang menggunakan ubat inhibitor fosfodiasterase-5 (PDE5) mempunyai risiko dua kali ganda kehilangan pendengaran berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Penulis mencadangkan bahawa kemungkinan terdapat satu penjelasan yang boleh menyembunyi tujuan asal ubat tersebut. Mereka menyatakan bahawa walaupun kegunaan utama adalah untuk mati pucuk, kumpulan ubat ini sebenarnya dipreskripsi untuk merawat tekanan darah tinggi pulmonari.

Ubat inhibitor PDE5 bertindak dalam pesakit mati pucuk melalui kemampuannya meningkatkan aliran darah ke beberapa tisu tertentu di dalam badan dan ia telah dihipotesiskan mungkin mempunyai efek yang sama pada tisu yang sama dalam telinga, dimana peningkatan aliran darah boleh menyebabkan kerosakan sehingga membawa kepada kehilangan pendengaran.

Pada 2007, berdasarkan penemuan tersebut, muncul amaran oleh U.S. Food and Drug Administration berkenaan dengan kehilangan pendengaran, dan penggunaan ubat inhibitor PDE5 adalah dijamin.

"Walaupun terdapat keterbatasan dalam kajian ini, adalah lebih baik bahawa pesakit yang menggunakan ubat ini diberi amaran mengenai tanda dan simptom kerosakan pendengaran dan menggalakkan pesakit mendapatkan rawatan doktor yang berkenaan bagi menghalang kemungkinan kerosakan kekal" McGwin memberi peringatan.

Jurnal rujukan:

Gerald McGwin Jr. Phosphodiesterase Type 5 Inhibitor Use and Hearing Impairment. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 2010;136(5):488-492.

Menurut Zestzfulness:

Inhibitor PDE5 adalah selamat dan efektif untuk rawatan mati pucuk bila diambil mengikut arahan pada label. Walaubagaimanapun, semua ubat mempunyai risiko dan anda perlu berbincang mengenai sebarang kaitan yang berhubung pemgambilan produk ini dengan pakar kesihatan anda.

Adakah ubat alternatif lain untuk saya yang tidak mempunyai kesan sampingan seperti ini?

Kami mempunyai gel topikal yang memberi kesan mengghairahkan yang amat mujarab dan meningkatkan IVELT*

KLIK untuk mendapatkan buku percuma The Truth about Bananas (and Orchids too)”

* Intra Vaginal Ejaculation Latency Time (IVELT) ditakrifkan sebagai masa diantara permulaan 'beraksi' dan permulaan pancutan dalam faraj. Jadi IVELT lebih panjang bermakna anda "tahan lebih lama"lah!

Gambar

2 comments:

  1. Bahaya sungguh viagra tu terhadap kesihatan seeorang yang sering atau salah gunakannya!

    Munkin ahli farmasi boleh rekomen jenis-jenis herba yang kurang atau tanapa kesan sampingan yang merbahaya.

    ReplyDelete
  2. Bahaya sungguh Viagra itu bagi seseorang yang sering atau salh gunakannya.
    Munkin ahli Farmasi dapat rekomen ubat-ubat herba yang kurang atau tanpa kesan sampingan yang buruk itu.

    ReplyDelete