Saturday, July 10, 2010

Kadar STD Tinggi Pada Lelaki yang Mengambil Ubat ED

Lelaki yang mengambil ubat mati pucuk/disfungsi ereksi (ED) seperti Viagra lebih cenderung untuk dijangkiti dengan penyakit seksual berjangkit/ sexually transmitted diseases (STD) berbanding mereka yang tidak mengambil ubat-ubat tersebut.

Penemuan ini berasal dari kajian insurans kesihatan dari tahun 1997 hingga 2006 melibatkan lebih dari 1,4 juta orang AS berumur lebih daripada 40, terdiri dari mereka yang menggunakan ubat ED dan mereka yang tidak. Bagi mereka yang menggunakan ubat ED, para penyelidik menyemak data perubatan satu tahun sebelum dan satu tahun setelah mereka mendapatkan preskripsi pertama mereka.

Dalam kedua-dua tahun sebelum dan selepas preskripsi ubat ini diambil, pengguna ubat ED mempunyai dua hingga tiga kali lebih tinggi kadar STD berbanding bukan pengguna dalam tempoh masa yang sama.

Meskipun STD jarang berlaku pada individu berusia lanjut – pada kadar 1 per 1,000 orang - para penyelidik mendapati bahawa tahap STD pada lelaki yang menggunakan ubat ED dua hingga tiga kali lebih tinggi baik di tahun pertama mereka mendapat preskripsi atau selepasnya.

"Ini menunjukkan bahawa mereka yang mengambil ubat ED mempunyai profil risiko seksual yang berbeza daripada mereka yang tidak mengambilnya", jelas penulis utama kajian tersebut, Dr Anupam B. Jena.

Penelitian lain menunjukkan bahawa tahap penyakit seksual berjangkit, termasuk HIV / AIDS, meningkat pada kedua-dua warga tua serta masyarakat umum dan bahawa lelaki berumur lebih daripada 50 tahun adalah sangat kecil kemungkinannya daripada yang berusia 20-an untuk menggunakan kondom pada saat berhubungan seks atau sewaktu diuji untuk jangkitan HIV.

Sebuah tinjauan pengamal rawatan primer mendapati bahawa mereka jarang membahas faktor-faktor pengurangan risiko seksual dengan pesakit berusia pertengahan atau lebih tua.

Jadi, sangat penting bagi doktor yang mempreskripsikan ubat ED dan ahli farmasi yang membekalkan ubat memberi nasihat kepada semua pesakit tentang pentingnya amalan-amalan seksual yang lebih selamat.

Jurnal Rujukan

Jena A, Goldman D, Kamdar A, Lakdawalla D, Lu Y. Sexually Transmitted Diseases Among Users of Erectile Dysfunction Drugs: Analysis of Claims Data. Annals of Internal Medicine. July 6, 2010 153:1-7

No comments:

Post a Comment