Wednesday, April 4, 2012

Kurang Tidur Boleh Meningkatkan Pengambilan Kalori


Picture credit: www.insidershealth.com


Mereka yang tidur lewat, mengambil lebih 500 kalori tambahan sehari.

Kekurangan tidur yang kronik boleh menyumbang kepada kegemukan.
Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, anda mungkin akan mengambil makanan lebih banyak - dan seterusnya lebih cenderung untuk menjadi gemuk.

Itu adalah penemuan penyelidik yang membentangkan kajian mereka pada Sesi Saintifik Epidemiologi dan Pencegahan / Pemakanan, Aktiviti Fizikal dan Metabolisma Persatuan Jantung Amerika 2012.


"Kami telah menguji sama ada kekurangan tidur mempengaruhi tahap hormon leptin dan ghrelin, meningkatkan jumlah makanan yang di makan, dan pembakaran tenaga yang terlibat melalui aktiviti," kata Virend Somers, MD, Ph.D., penulis kajian dan profesor perubatan dan penyakit jantung di Klinik Mayo, Rochester, Minn.. Leptin dan ghrelin dikaitkan dengan selera.


Para penyelidik mengkaji 17 peserta, terdiri dari lelaki dan wanita yang sihat selama lapan malam, dengan separuh daripada peserta tidur seperti biasa dan separuhnya lagi tidur hanya dua pertiga dari masa tidur normal mereka.

Peserta makan sebanyak mana yang mereka mahu semasa kajian.

Penyelidik mendapati:
Kumpulan yang kurang tidur, yang tidur satu jam 20 minit kurang daripada kumpulan kawalan setiap hari mengambil purata 549 kalori tambahan setiap hari.
Jumlah tenaga yang digunakan untuk aktiviti tidak berubah secara ketara antara kumpulan, ini mencadangkan bahawa mereka yang kurang tidur tidak membakar kalori tambahan.
Kurang tidur telah dikaitkan dengan peningkatan paras leptin dan mengurangkan ghrelin - perubahan yang lebih kepada akibat, dan bukannya penyebab terlebih makan.


"Kehilangan nikmat tidur adalah satu masalah yang semakin meningkat, dengan 28 peratus daripada orang dewasa kini dilaporkan bahawa mereka mendapat enam jam tidur atau kurang dalam satu malam," kata Andrew D. Calvin, MD, MPH, penyiasat bersama, fellow kardiologi dan penolong profesor perubatan di Klinik Mayo.


Para penyelidik berkata bahawa kajian ini menunjukkan kurang tidur boleh menjadi perkara penting dan menjadi salah satu punca pencegahan pertambahan berat badan dan kegemukan, ia adalah satu kajian kecil yang dijalankan di unit penyelidikan klinikal hospital.


"Kajian yang lebih besar daripada orang ramai dalam persekitaran rumah mereka akan membantu mengesahkan penemuan kami," kata Calvin.


Sumber Matlumat


Kisah di atas dicetak semula daripada bahan-bahan di bilik berita Persatuan Jantung Amerika pada 14 Mac 2012.


Ini adalah penemuan yang telah dibentangkan di Sesi Saintifik Epidemiologi dan Pencegahan / Pemakanan, Aktiviti Fizikal dan Metabolisme Persatuan Jantung Amerika 2012: Somers V, Carter RE, Levine JA. Kurang tidur boleh meningkatkan penggunaan kalori. MP030


No comments:

Post a Comment