Gliserin juga membuat kulit kelihatan dan berfungsi lebih baik dengan membantu sel-sel kulit menjadi matang dengan betul.
Drs Wendy Bollinger Bollag dan Xiangjian Zheng menemui peranan gliserin dalam pematangan sel kulit semasa meneliti fosfolipase D, sebuah enzim yang mengubah lemak atau lipid yang terdapat di luar sel pelindung membran, kepada isyarat sel. Mereka mendapati bahawa ketika fosfolipase D berpasangan dengan gliserol ia menghasilkan isyarat khas yang mengarahkan pematangan sel kulit.
Para penyelidik percaya bahawa gliserin berfungsi sebagai substrat untuk membolehkan kulit matang dengan betul dan, bila anda tidak mempunyai cukup gliserin pada kulit, sel-sel tidak matang dengan betul dan itulah sebabnya anda mendapat kulit yang hiper-proliferasi, dan tebal .
Mereka menguji teori mereka pada model tikus yang telah dimanipulasi secara genetik kekurangan gliserin pada kulitnya. Ketika gliserin diberikan secara topikal atau secara oral kepada haiwan-haiwan ini, kebanyakan masalah kulit dapat diatasi. Agen penarik-air lain tidak berfungsi sebaik ini, yang memberikan penyelidik lebih bersemangat atas penemuan mereka yang mana gliserin juga memainkan peranan penting dalam pematangan sel kulit normal dan penggantian sel baru.
Mereka berharap penemuan mereka tidak akan hanya menyumbang pada pembangunan pemahaman yang lebih baik tentang kulit normal tapi mengarah pada rawatan yang lebih berkesan dalam penyakit seperti psoriasis dan kanser kulit bukan-melanoma, yang terhasil dari proliferasi abnormal dan pematangan sel-sel kulit.
Jurnal Rujukan
Xiangjian Zheng and Wendy Bollinger Bollag. Aquaporin 3 Colocates with Phospholipase D2 in Caveolin-Rich Membrane Microdomains and Is Downregulated Upon Keratinocyte Differentiation. Journal of Investigative Dermatology (2003) 121, 1487–1495.
Gliserin (berasal dari minyak sawit Malaysia) bersama Stimutex AS ditemui di Hoe Pharma's EZERRA Cream dan EZERRA Extra Gentle Cleanser.
Apa kata AMYATIE http://amyatie2.blogspot.com/ posted on: 2009/3/10 22:36
Re: kulit baby kering..
my baby pun ada symtom dryness especially kat bahagian mata dan dia suke sgt gosok2 dgn tangan maby gatal kot.
tapi lepas doktor bagi cream 'ezerra' tiub warna purple ada tulis more than moisturise, alhamdulillah kering2 kat keliling mata dh kurang dia pun dh jrang nk gosok2...
i penah suggest cream ni pada member, anak dia byk ruam susu kat pipi dh teruk merah2 sampai mandi pedih bila apply cream ni lepas 3 hari kulit improve. cuba la mana tahu membantu..
No comments:
Post a Comment