Sebuah penelitian yang dibentangkan Jumaat lepas pada simposium di New York Academy of Sciences, mengenai probiotik : menemui bahawa pengambilan suplemen probiotik selama dua bulan bermanfaat secara signifikan bagi kanak-kanak dengan dermatitis atopik (AD).
AD, juga dikenali sebagai ekzema, merupakan salah satu tanda permulaan alergi pada hari-hari awal kehidupan dan dikatakan perkembangannya tertunda kerana sistem kekebalan tubuh. Ini adalah kelainan inflamasi kulit yang umum, yang terjadi pada kanak-kanak di awal usia dan boleh berlanjutan sehingga dewasa. Menurut American Academy of Dermatologists ia mempengaruhi antara 10 hingga 20 peratus daripada semua bayi, tetapi hampir setengah dari kanak-kanak tersebut akan 'membesar' dengan ekzema pada usia antara lima dan 15 tahun.
Rawatan kini lebih tertumpu pada pengurangan gejala, tetapi probiotik telah diteliti selama lebih dari 20 tahun untuk manfaat terapeutik untuk keadaan tersebut.
Para penyelidik yang diketuai Dr SV Gerasimov dari Universiti Perubatan Nasional Lviv, Ukraine meneliti 90 orang kanak-kanak, usia antara1-3 tahun, dengan tahap dermatitis atopik sedang hingga parah (AD)
Satu kumpulan menerima dos dua kali sehari dari 5 bilion CFU / gram dari campuran Lactobacillus acidophilus DDS-1 dan Bifidobacterium lactis UABLA-12 dengan FOS (fructooligosaccharide)
Kumpulan kedua menerima plasebo.
Selepas empat minggu, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan indeks SCORAD (skor dermatitis atopik), yang merupakan ukuran keputusan utama yang digunakan untuk mengesan keberkesanannya. Penurunan pada kumpulan probiotik adalah hampir 34 peratus selepas lapan minggu, sementara kumpulan plasebo menunjukkan penurunan sebanyak 19 peratus.
Keputusan sekunder termasuk yang berkaitan perubahan subset limfosit dalam darah periferal. Para penyelidik mengatakan bahawa penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk keberkesanan terapi probiotik pada orang dewasa dengan AD.
(Artikel asal bertajuk "Probiotics again linked to dermatitis benefits in kids" ditulis oleh Lorraine Heller dari CosmeticsDesign.Com.)
Bicaralah dengan ahli farmasi kami tentang AD, EZERRA dan Probiotik yang sesuai untuk anak anda.
Ten questions for Robbo aka @BiteTheDust
8 years ago
No comments:
Post a Comment