Menghisap rokok mula-mula diketahui sebagai faktor risiko bagi osteoporosis lebih dari 20 tahun lalu. Kajian terkini telah menunjukkan hubungan secara langsung antara penggunaan tembakau dan penurunan ketumpatan tulang.
Menganalisa kesan menghisap rokok pada tulang yang sihat adalah rumit. Ia sukar ditentukan sama ada penurunan ketumpatan tulang disebabkan oleh merokok itu sendiri atau faktor risiko lain yang biasa antara perokok-perokok tersebut.
Contohnya, dalam kebanyakan kes, perokok lebih kurus berbanding yang tidak merokok, lebih cenderung meminum alkohol, mungkin kurang aktif secara fizikalnya, dan mempunyai diet yang rendah.
Wanita yang merokok juga cenderung menopaus lebih awal berbanding yang tidak merokok. Faktor-faktor ini menyebabkan ramai perokok berada pada risiko yang tinggi terhadap osteoporosis selain dari penggunaan tembakau sendiri.(1)
Tambahan pula, kebanyakan kajian terhadap efek merokok mencadangkan bahawa merokok meningkatkan risiko mendapat keretakan tulang. Tidak semua kajian menyokong penemuan ini, tetapi bukti semakin bertambah. Contohnya :
- Semakin lama anda merokok dan semakin banyak rokok yang diambil, anda semakin berisiko mendapat keretakan di usia lanjut.
- Perokok yang mengalami keretakan memerlukan masa lebih panjang untuk sembuh berbanding yang tidak merokok dan mungkin mengalami lebih komplikasi semasa proses penyembuhan.
- Kehilangan tulang yang nyata ditemui pada wanita dan lelaki berusia yang merokok.
- Sekurang-kurangnya satu kajian mencadangkan bahawa pendedahan terhadap asap rokok semasa remaja dan awal dewasa boleh meningkatkan risiko pembentukan jisim tulang yang rendah.
- Berbanding bukan perokok, wanita yang merokok selalunya menghasilkan kurang estrogen (hormon seks) dan cenderung untuk mengalami menopaus lebih awal, yang mana boleh mengarah pada peningkatan kehilangan tulang.
- Berhenti merokok dilihat menurunkan risiko jisim tulang yang rendah dan keretakan. Walaubagaimanapun ia mengambil masa beberapa tahun untuk menurunkan risiko akibat merokok tersebut. KLIK DISINI untuk maklumat lanjut tentang berhenti merokok.
Osteoporosis selalunya boleh dicegah. Ia dikenali sebagai penyakit 'senyap' kerana, jika tidak dikesan, kehilangan tulang boleh meningkat untuk beberapa tahun tanpa tanda-tanda sehingga terjadi keretakan. Ia dipanggil penyakit akibat zaman kanak-kanak di usia lanjut kerana pembentukan tulang yang sihat pada usia remaja membantu mencegah osteoporosis dan keretakan dikemudian hari. Walaubagaimanapun ia tidak terlalu lewat untuk mengamalkan tabiat baru untuk tulang yang sihat.
1. NIH Osteoporosis and Related Bone Diseases ~ National Resource Center
Sumber Foto
No comments:
Post a Comment