Setiap orang dari kami di sini telah menerima email ini dari teman-teman kami dengan tujuan yang baik. Jadi benarkan kami menerangkan mengenai tanaman ini dalam perspektif yang lebih baik.
Ini adalah Dieffenbachia, juga disebut 'dumbcane' dalam Bahasa Inggeris dan 'kotakimbula' di Sri Lanka. Di sini ia dikenali sebagai 'Pisang Tanah' kerana ia mempunyai batang segar yang tebal.
Dieffenbachia merupakan tanaman hiasan yang umum. Tanaman ini ada di sekitar kita. Kita menggunakannya untuk meningkatkan keindahan persekitaran kita. Hampir setiap tumbuh-tumbuhan, sayuran dan buah-buahan memiliki sifat penyembuhan. Ekstrak tanaman banyak digunakan dalam kosmetik. Disebalik kegunaannya yang pelbagai, beberapa tanaman juga berpotensi menjadi sumber keracunan bagi kanak-kanak yang mempunyai perasaan ingin tahu dan juga haiwan peliharaan.
Pusat Racun Indiana telah mengklasifikasikan tanaman ini sebagai berpotensi untuk menjadi agak beracun dengan gejala yang umumnya tidak mengancam kehidupan secara umum, seperti mual, muntah, cirit birit, atau ruam kulit.
Kemaskini terbaru dari Medline Plus, sebuah perkhidmatan Perpustakaan Perubatan Nasional Amerika Syarikat dan National Institutes of Health, mengesahkan asid oksalat dan Asparagina sebagai bahan beracun dalam tanaman ini.
Menariknya, asid oksalat juga ditemui di belimbing dan bayam sedangkan Asparagina, suatu asid amino, ditemui dalam kentang, kacang soya dan asparagus dan disenaraikan sebagai aditif makanan yang ada di Jepun. Dieffenbachia mungkin menjadi beracun hasil dari tindakbalas gabungan asparagines dan oksalat.
Namun, Bernard Kuballa et al1 melaporkan bahawa efek yg menjengkelkan ini adalah disebabkan oleh kombinasi kristal oksalat dan enzim mirip tripsin. Hal ini dipercayai bahawa kristal berbentuk jarum menembusi rangkaian sel kerongkong dan mulut sehingga memudahkan masuknya enzim proteolitik.
Pengambilan secara oral tanaman ini biasanya mempunyai akibat yang minimum. Namun, dalam kes yang jarang berlaku, mengunyah batang atau daun Dieffenbachia boleh menyebabkan pembengkakan cukup parah sehingga menyekat saluran udara dan menjejaskan kemampuan untuk bercakap atau mengendalikan rembesan ( 'dumbcane moniker').
Kebanyakan kes keracunan melibatkan haiwan peliharaan2. Kirk L Cumpston et al3 melaporkan kes di mana seorang dewasa telah menggigit batang tumbuhan tersebut kerana berfikir ia adalah tebu. Dia segera meludahkan sisa batang tersebut dan walaupun kejadian ini pantas, akibatnya saluran pernafasan oral menjadi bengkak dan tidak memberi tindakbalas terhadap terapi ubat, sehingga memerlukan pengurusan salur pernafasan melalui pembedahan. Para penulis mengaku tidak mengetahui mekanisma yang tepat terjadinya edema tetapi memberi amaran bahawa pesakit yang awalnya tampak stabil mungkin mempunyai nafas yang cepat menjadi bertambah buruk.
Jika anda mengalami pendedahan, anda perlu membuat panggilan ke nombor kecemasan di tempat anda atau Nasional Poison Control Center di 1-800-88-8099.
Tanaman hiasan sangat bermanfaat di rumah kita dan kehidupan kita. Tanaman hiasan ini tidak hanya menapis dan memperbaharui udara dalam bilik kita dengan menukarkan karbon dioksida yang kita lepaskan dengan oksigen untuk mempertahankan kehidupan, tetapi mereka juga memerangkap banyak pencemaran yang hadir di rumah dan pejabat.
Anda boleh memilih untuk tidak memiliki Dieffenbachia di rumah. Tapi, jangan terus membuang tanaman dalam rumah dan kebun anda.
Ikuti tip-tip berikut untuk mengurangkan risiko keracunan dari tanaman di rumah anda:
- Jauhkan semua tanaman dari lantai sehingga tidak tercapai oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
- Fikirkan tentang penggunaan tanaman palsu sebagai ganti bunga hidup dan tanaman jika anak-anak atau haiwan kesayangan tinggal di dalam atau mengunjungi rumah anda.
- Simpan umbi dan biji ditempat berkunci, jauh dari penglihatan dan capaian kanak-kanak.
- Jangan makan setiap bahagian dari tanaman yang tidak diketahui.
- Ajarkan anak-anak untuk menunjukkan semua tanaman dan buah-buahan kepada orang dewasa sebelum memakannya.
- Jangan mengunyah perhiasan dan sebagainya yang terbuat dari bahan tanaman atau membiarkan anak-anak untuk melakukannya.
- Jangan menganggap bahawa memasak boleh menghapuskan racun di dalam tanaman.
- Ingat bahawa tanaman juga boleh menjadi bahaya jika kanak-kanak dan haiwan peliharaan tersedak dengannya.
Kuballa B, Lugnier AA, Anton R. Study of Dieffenbachia-induced edma in mouse and rat hindpaw: respective role of oxalate needles an trypsin-like protease. Toxicol Appl Pharmacol. 1981 May;58(3):444-51.
Peterson K, Beymer J, Rudloff E, O'Brien M. Airway obstruction in a dog after Dieffenbachia ingestion. J Vet Emerg Crit Care (San Antonio). 2009 Dec;19(6):635-9.
Cumpston KL, Vogel SN, Leikin JB, Erickson TB. Acute airway compromise after brief exposure to a Dieffenbachia plant. J Emerg Med. 2003 Nov;25(4):391-7.
No comments:
Post a Comment