Bahkan jika anda tergesa-gesa keluar untuk menghantar anak anda ke sekolah, pastikan anda luangkan masa untuk bersarapan bersama keluarga.
Pertumbuhan badan dan perkembangan otak anak anda bergantung sepenuhnya dengan pemgambilan makanan secara teratur. Dengan “mengecas” otak dan badan anda dan anak anda, anda semua akan lebih cekap melakukan apa saja aktiviti pada hari tersebut.
Nemours Foundations menyatakan bahawa memulakan hari dengan sarapan berkhasiat boleh menyumbang beberapa kebaikan tambahan seperti berikut :
- Ia membantu menyediakan keperluan badan dengan tenaga secukupnya untuk memulakan hari anda.
- Ia meningkatkan kemungkinan bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih aktif secara fizikal.
- Ia membantu menstabilkan metabolisma, perasaan dan paras tenaga.
- Ia boleh mengurangkan rasa lapar pada pertengahan pagi yang cenderung menggalakkan pengambilan makanan ringan yang tinggi kalori.
- Ia membuat kanak-kanak berkemungkinan ketinggalan dalam persekolahan.
Gambar
No comments:
Post a Comment